Wednesday 23 July 2014

KOD RELOAD CELCOM / MAXIS / DIGI

CELCOM

1) Tekan kod sepertimana dibawah macam nak buat panggilan
2) *122*16 DIGIT RELOAD KOD#
3)LEPAS TU TEKAN CALL

SEMAK BAKI DAN TEMPOH LUPUT MASUKAN KOD *124#

DIGI -
1) Tekan kod sepertimana dibawah macam nak buat panggilan
2) *123*16 DIGIT RELOAD KOD#
3)LEPAS TU TEKAN CALL

SEMAK BAKI DAN TEMPOH LUPUT MASUKAN KOD *126#

MAXIS -
1) Tekan kod sepertimana dibawah macam nak buat panggilan
2) *111*14 DIGIT RELOAD KOD#
3)LEPAS TU TEKAN CALL

SEMAK BAKI DAN TEMPOH LUPUT MASUKAN KOD *122#

U MOBILE -
1) Tekan kod sepertimana dibawah macam nak buat panggilan
2) *138*16 DIGIT RELOAD KOD#
3)LEPAS TU TEKAN CALL


SEMAK BAKI DAN TEMPOH LUPUT MASUKAN KOD *188*8#

Thursday 17 July 2014

RUJUKAN TAYAR

Rujuk Disini





http://firestartingautomobil.blogspot.com/2011/03/tip-tip-pilih-tayar-kereta.html


http://imsymo.blogspot.com/2012/06/cerita-bab-kereta-tayar.html



Wednesday 16 July 2014

Program Pembunuhan Secara Senyap

http://www.youtube.com/watch?v=u-aPuFJThNI

http://www.youtube.com/watch?v=t_g6SEpVcW8

http://www.youtube.com/watch?v=1S72aVoAp1A

Friday 11 July 2014

ALAT JIMAT MINYAK / MENJAGA BATERI UNTUK BERTAHAN LEBIH HAYAT / ALAT PETUNJUK SISTEM PENDAWAIAN ATAU ALTERNATOR BERMASALAH


Alat ini boleh mengesan :

1. Undercharging atau ada masalah pendawaian (LED Tidak menyala)
2. Kenderaan dalam keadaan stabil / normal (LED Kuning)
3. Overcharging (LED Merah)

Harga Promosi RM 130.00 sehingga stok habis..Harga biasa RM 140.00
Perbandingan produk lain kebiasannya berharga RM2++

Produk ini HANYA SESUAI UNTUK KENDERAAN YANG BERUSIA LEBIH DARI 5 TAHUN dan dibawah 3.5 Litre

Kereta baru tidak digalakkan menggunakan alat ini disebabkan sistem masih dalam keadaaan baik.  Jika nak pakai juga , hanya kelebihan menjaga hayat bateri sahaja yang dapat.  Penjimatan petrol belum tentu..

LEAD ASID BATTERY 







Rujuk  Syarikat F16 Hong Kong

ADJUST TEPET ( VALVE CLEARANCE ) NGV WIRA MENGGUNAKAN FEELER GAUGE

ENJIN PANAS

( Petrol ) INTAKE MANIFOLD SIDE 0.20MM DAN EXAUST SITE 0.25 MM


ENJIN SEJUK 

( Petrol ) INTAKE MANIFOLD SIDE 0.09MM DAN EXAUST SITE 0.17 MM

Kalo NGV berapa yg sesuai??

Ada yg cadangkan .....

ENJIN PANAS

( Gas ) INTAKE MANIFOLD SIDE 0.20MM DAN EXAUST SITE 0.30 MM

PEMASANGAN SISTEM NGV KEPADA WIRA 1.5

JARAK PERJALANAN DAN SEN PERSEKILOMETER

Amat menjimatkan... Bayangkan RM 0.04 perkm..
Sekali isian hanya mengjangkau 230 km ( Pemanduan biasa bawah 90 km / jam )
Anggaran isian jika tekanan 3200 psi RM8.50 dan pernah mencapai RM 8.80

SISTEM YANG DIPASANG KEPADA KENDERAAN

Sistem Sequential
Tangki 65 Litre

SETTING NGV

1.Rpm bawah 900 dan rpm atas 3800 akan ditukar secara automatik kepada mod petrol
2. Setiap pemanduan 100km gas akan ditukar mod petrol sebanyak 10km ( manual tukar ) bagi perjalanan long distance.
3. Semasa hidupkan enjin dalam mod petrol.  Setelah enjin panas , dan rpm naik kepada 1000 terus tukar kepada gas. ( Secara automatik )

PENYELENGGARAAN KENDERAAN NGV

Senggaraan setiap 15000 km kena adjust tepet ( rocker arm )
30 000 km kena tukar gas filter
( Anggaran harga filter RM9+ ori )
( Anggaran harga filter RM4+ OEM )

PILIHAN

1. Plug Pakai sejuk ( Dicadangkan BP6ES NGK ) sebab apa rujuk disini
( Plug asal wira siri BP5ES ) 


2. Pakai minyak semi-synthetic.  
**Kata bengkel leh tahan sehingga 7000 KM , tapi aku tukar dalam jarak 5500 KM.  Aku kira ambil basi sebab enjin kereta aku banyak dalam keadaan idle.. jem KL

Jenama yang aku pakai sekarang semenjak beli kereta .. CASTROL MAGNATEC 10w-40
**Castrol MAGNATEC 10W-40 is a part synthetic engine oil formulated to suit a wide range of petrol engines, direct and indirect injection diesel engines, LPG and CNG cars, light commercial vehicles and 4WDs
Rujuk:  CASTROL

3. Tukar spring belakang
- Aku tukar jenis spring Pro-ride RM 70.00 SEBATANG
- Kod MAL 173 N


4. Tukar absorber jenis gas
-Aku tukar jenis APM PERFOR MAX ( GAS TYPE ) RM 130.00 SEBATANG
-Alang-alang dah buka absorber aku tukar sekali


  - Dust cover RM10.00

  - Bump stoper RM 15.00 ( Benda yg oren tu ) ~ Carian google


KELEBIHAN

1.Harga sekilo meter RM 0.04 berbanding RM 0.16 petrol
2. Dapat potongan 25 % cukai jalan

KEKURANGAN

1. Pickup naik bukit loss.. Amat terasa.. Nak memotong pun x berapa cantik.. Anggaran pemanduan saya bawah 100km/j di highway.  Kalo nak henjut lebih dari tu boleh, tapi nak elakkan enjin rosak .  Mengikut bacaan, ramai yg cadangkan memandu dibawah 110KM/j.  Kalo rasa nak laju lagi silalah tukar mod petrol..
Kalo pemanduan dalam bandar x berapa terasa sangat.
2. Hanya stesen minyak petronas tertentu sahaja yang ada NGV
3. Kena korbankan ruang penyimpanan barang.Tempat simpanan kurang hampir 3/8 % disebabkan untuk tong gas
4. Harga pemasangan agak mahal ++RM 2800( Mixer ) ++ RM4500 ( sequential )
5. Hanya kereta tertentu yang sesuai.  Sila cari dalam google..
6. Risiko kena beratur panjang untuk isi gas.  Purata sebiji kereta dalam 3-5 minit.  Cadangan saya.. perhatikan tabiat org isi gas disatu satu stesen.. Biasanya teksi ada waktu waktunya..elakkan waktu puncak.

Biasanya saya akan isi gas jam 1.00 tghari waktu makan tengahari.


Hanya masing-masing punya cara.  Saya elakkan waktu puncak nak bersaing dengan teksi.  Biasanya teksi jarang isi minyak pada waktu puncak org nak pergi kerja / makan tengahri  dan balik kerja.

7. Gas tekanan rendah. Tak dapat isi dengan penuh. Pernah saya isi hanya dapat RM 6 ++ disebabkan tekanan gas x cantik.

PANDANGAN PERIBADI

1. tak semua kereta sesuai untuk sumbat sistem NGV..

BERBALOI?

PETROL
Sehari penggunaan kenderaan dengan Jarak 120 KM sehari x RM 0.16 perkm = RM 19.20 
Hari bekerja 20 hari ~ RM 19.20 x 20hari  = RM384.00
* Tidak termasuk hujung minggu kekadang lebih.  Biasanya sy target RM700.00 Sebulan

GAS
Sehari penggunaan kenderaan dengan Jarak 120 KM sehari x RM 0.04 perkm = RM 4.80 
Hari bekerja 20 hari ~ RM 4.80 x 20hari  = RM96.00


TAMBAHAN PENYELENGGARAAN ( Selain dari penyelenggaran biasa )

Servis tepet RM30.00 setiap 15 000 KM = 0.002 per km
Tukar penapis RM90 setiap 30 000 KM = 0.003 per km

setiap bulan jarak perjalanan anggaran 120 km (sehari ) x 20 hari = 2400 km ( sebulan )

2400km sebulan x 0.005 = RM12.00

ANGGARAN BERSIH PERBEZAAN ANTARA PETROL DAN GAS

RM 384 - RM 96.00 - RM 12.00 = RM276 

Kos permulaan pemasangan anggaran RM 4500.00 / RM 276 = 16.30 bulan anggaran 1 tahun 4 bulan baru balik modal..

Rekod kewangan saya untuk petrol dan gas.. sekarang saya dapat buatkan peruntukan sebanyak RM 400.00 lebih dari mencukupi.

Anggaran simpanan bulanan yg boleh dismpan sebanyak RM300.00 sebulan.

Anda fikirkan berbaloi atau tidak...


UPDATE : 9/10/2014

SPRING BUSH DICADANGKAN