Tuesday 13 August 2013

UBAH SUAI TAPAK TV 60 INCI

Pakai frame Aluminium yang dibeli di kedai yang buat Sliding door aluminium.  Sebab pakai aluminium ni untuk elakkan ada ruang diantara TV dan dinding. Kalau pakai braket asal banyak sangat ruangnya.



Tukar Bumper Depan WIRA

 

1.Bumper pecah ~ Tidak diketahui langgar apa
2. Masa pemasangan 30 minit
3. Kos Keseluruhan target Bawah RM100.00.  Tidak termasuk kerja mengecat dan no plate.
4. Upah ~ Air sirap ais satu kole


 

Pandangan depan bumper pecah.


Buka nut belakang daun pisang


Buka nut dekat daun pisang


Buka apa-apa lampu yang ada di bumper


Lampu pecah sikit.  Pakai balik. Ok jer.. Janji menyala.


Nut yang telah dibuka.  Nak ingat pasang balik


Peneman setia menunggu.  Biasanya duk bawah kete.. Tuannya buat bising mau nya nak tidor bawah kete...


Lokasi nak buka frame Bumper ( 4 biji - 2 kiri + 2 kanan )
saiz 12


Proses membuka nut


Ada rezeki lagi frame OK Alhamdulilah


Barang yang dibeli
1. Logo RM10.00
2.Grill ( Hidung) RM25.00
3.Klip 6 biji RM3.00
4.Bumper RM45.00
JUMLAH RM83.00


Grill Chrome Ambik yang paling Murah.


Klip 6 biji


Tempat skew nak pasang logo


Proses pasang logo


Proses pasang Klip


Bumper siap dipasang setelah dipasang sekali frame.


Siap sepenuhnya


Pandangan sisi


Perbandingan Bumper asal dan baru.  Tak cat .  Modal x ada.  Pakai jenis asal balik.  Murah punya pasal


Stiker bumper .  Entahlah ni ori ke tidak,  Janji murah..

Cover plastik Bumper yang belum dibuka



DIY Cuci Kondenser COIL WIRA

SEBAB SERVIS

1.  Ada tanda-tanda kurang sejuk semasa kereta berhenti di lampu isyarat / jalan jem / bila tengahari
2. Semak gas ok
3. Semak Evporator ok
4. Semak  Dryer ok
5. Semak pemampat ok
6. Semak sensor ok
7. Semak kipas ok

CUMA KURANG SEJUK.  Mengada-mengada nak sejukkan lagi..  Orang Cakap X Ada Kerja Cari Kerja.. Tangan Gatal Nak Buat Sesuatu..Ada masa terluang plak .. CANTEKKK...

 

Pandangan dari atas.  Proses Melapik dengan plastik sampah.  Belah dua.  Plastik dilapik kot-2 chemical ASID tu terkena mana-mana bahagian yang x sepatutnya kena.  Lepas tu elakkan kabel terkena air.  X pasal-2 short circuit.

  

 Guna spanar saiz 12 untuk keluarkan kipas aircond

 

Kipas dikeluarkan

 

 Buka grill depan "hidung"Ada 6 klip.  Hati-2. Klip ni mudah patah.  Kalo patah.. Ada dijual..


 Hidung telah dikeluarkan



 

Coil yang telah dicuci

 Spray 1 liter


Kimia yang digunakan

 Kipas aircond ( pandangan depan )

 Kipas aircond ( pandangan atas )

 Kipas aircond ( pandangan belakang )

 Kikis semua span yang reput dengan scaper

 Contoh span yang digunakan saiz 1 inci

 Contoh span yang dah siap-siap ada gam

 Span yang telah siap dipasang

Coil yang belum dipasangkan span.  ( Kerja kikis span lama telah siap )

Span yang telah siap dipasang ( Atas coil )

 Pasang semula Apa-apa yang telah dibuka.

PERHATIAN:

1.  Pastikan chemical tidak tertinggal diatas coil

2.  Pastikan AIR YANG BANYAK semasa membilas.

3.  Pastikan chemical tidak digunakan terlalu pekat.

4.  Pastikan tidak ada benda asing yang menyekat aliran udara pada coil.

5.  Sebaiknya buat "performance test"