Showing posts with label Kerosakan Kereta WIRA. Show all posts
Showing posts with label Kerosakan Kereta WIRA. Show all posts

Monday, 27 August 2018

Tukar Master Pump Brake Wira

Pump yang baru ( RM 70.00 )

Selepas dibuka Brake Pump. Servo yang kotor yang ada kotoran dan kesan minyak yang bocor


Perbandingan Master Brake Pump asal dan Baru.  Dah Pakai lebih 280,000 KM.(12 tahun)  Kira berbaloi-2 lah baru sekali buat hal
Servo yang telah dicuci
Perbandingan Pump Asal dan Baru

Rujuk : Masalah biasa brek

Friday, 30 October 2015

MASALAH BREK YANG BIASA HADAPI / BERLAKU


1. Brek berbunyi nyaring kekadang masa sejuk / selalu berbunyi / kekadang bunyi

~ Brek pad habis ,
~ Brek pad jenis tiruan , lebih teruk lagi jenis keras


2. Tekan brek tapi kena kasar

~ Servo bocor
~ Brek pad habis
~ Paip minyak tersumbat

3. Brek x ada langsung

~ Master pam  bocor / masuk angin
~ Sambungan paip getah bocor
~ Kalo brek jenis drum cek kat pam
~ Dalam paip masuk angin

4. Brek terasa lembut , kena tekan banyak kali

~ Buat bleeding , angin dah masuk dalam paip

5. Dekat rim tayar berhabuk banyak

~ Brek pad biasa tiruan
~ Kalo nak kurang habuk cari jenis ceramik , kelemahannya plak dish cepat haus plak
~ Semi metalic atau standard dah mencukupi
~ kalo jenis performance, biasanya lebih banyak habuk.

6. Brek , streng terasa bergegar / goyang dan pedal brek terasa getaran

~ Dish brek lekuk dalam, boleh diskim kalo x melebihi hadnya, kalo ada fulus, lebih baik tukar.

7. Brek ok cuma kena tekan kuat kedalam

~ Minyak dalam tabung kosong
~ Master pam masuk angin / bocor
~ Dalam paip ada angin
~ Brek pad dah habis


8. Brek kereta menjajar kekanan atau kekiri ( Kereta nampak senget sebelah )

~ Caliper jem ( servis ) Pastikan nut caliper tu tak bengkok , taruk grease heavy duty tahan panas

Wednesday, 5 November 2014

PROJEK KERETA WIRA

1.Tukar absorber / dust cover / bump stoper / top mounting absorber
2.Tukar enjin mounting
3.Tukar bearing depan
4.Tukar absorber / dust cover / bump stoper / top mounting absorber

Friday, 11 July 2014

ADJUST TEPET ( VALVE CLEARANCE ) NGV WIRA MENGGUNAKAN FEELER GAUGE

ENJIN PANAS

( Petrol ) INTAKE MANIFOLD SIDE 0.20MM DAN EXAUST SITE 0.25 MM


ENJIN SEJUK 

( Petrol ) INTAKE MANIFOLD SIDE 0.09MM DAN EXAUST SITE 0.17 MM

Kalo NGV berapa yg sesuai??

Ada yg cadangkan .....

ENJIN PANAS

( Gas ) INTAKE MANIFOLD SIDE 0.20MM DAN EXAUST SITE 0.30 MM

PEMASANGAN SISTEM NGV KEPADA WIRA 1.5

JARAK PERJALANAN DAN SEN PERSEKILOMETER

Amat menjimatkan... Bayangkan RM 0.04 perkm..
Sekali isian hanya mengjangkau 230 km ( Pemanduan biasa bawah 90 km / jam )
Anggaran isian jika tekanan 3200 psi RM8.50 dan pernah mencapai RM 8.80

SISTEM YANG DIPASANG KEPADA KENDERAAN

Sistem Sequential
Tangki 65 Litre

SETTING NGV

1.Rpm bawah 900 dan rpm atas 3800 akan ditukar secara automatik kepada mod petrol
2. Setiap pemanduan 100km gas akan ditukar mod petrol sebanyak 10km ( manual tukar ) bagi perjalanan long distance.
3. Semasa hidupkan enjin dalam mod petrol.  Setelah enjin panas , dan rpm naik kepada 1000 terus tukar kepada gas. ( Secara automatik )

PENYELENGGARAAN KENDERAAN NGV

Senggaraan setiap 15000 km kena adjust tepet ( rocker arm )
30 000 km kena tukar gas filter
( Anggaran harga filter RM9+ ori )
( Anggaran harga filter RM4+ OEM )

PILIHAN

1. Plug Pakai sejuk ( Dicadangkan BP6ES NGK ) sebab apa rujuk disini
( Plug asal wira siri BP5ES ) 


2. Pakai minyak semi-synthetic.  
**Kata bengkel leh tahan sehingga 7000 KM , tapi aku tukar dalam jarak 5500 KM.  Aku kira ambil basi sebab enjin kereta aku banyak dalam keadaan idle.. jem KL

Jenama yang aku pakai sekarang semenjak beli kereta .. CASTROL MAGNATEC 10w-40
**Castrol MAGNATEC 10W-40 is a part synthetic engine oil formulated to suit a wide range of petrol engines, direct and indirect injection diesel engines, LPG and CNG cars, light commercial vehicles and 4WDs
Rujuk:  CASTROL

3. Tukar spring belakang
- Aku tukar jenis spring Pro-ride RM 70.00 SEBATANG
- Kod MAL 173 N


4. Tukar absorber jenis gas
-Aku tukar jenis APM PERFOR MAX ( GAS TYPE ) RM 130.00 SEBATANG
-Alang-alang dah buka absorber aku tukar sekali


  - Dust cover RM10.00

  - Bump stoper RM 15.00 ( Benda yg oren tu ) ~ Carian google


KELEBIHAN

1.Harga sekilo meter RM 0.04 berbanding RM 0.16 petrol
2. Dapat potongan 25 % cukai jalan

KEKURANGAN

1. Pickup naik bukit loss.. Amat terasa.. Nak memotong pun x berapa cantik.. Anggaran pemanduan saya bawah 100km/j di highway.  Kalo nak henjut lebih dari tu boleh, tapi nak elakkan enjin rosak .  Mengikut bacaan, ramai yg cadangkan memandu dibawah 110KM/j.  Kalo rasa nak laju lagi silalah tukar mod petrol..
Kalo pemanduan dalam bandar x berapa terasa sangat.
2. Hanya stesen minyak petronas tertentu sahaja yang ada NGV
3. Kena korbankan ruang penyimpanan barang.Tempat simpanan kurang hampir 3/8 % disebabkan untuk tong gas
4. Harga pemasangan agak mahal ++RM 2800( Mixer ) ++ RM4500 ( sequential )
5. Hanya kereta tertentu yang sesuai.  Sila cari dalam google..
6. Risiko kena beratur panjang untuk isi gas.  Purata sebiji kereta dalam 3-5 minit.  Cadangan saya.. perhatikan tabiat org isi gas disatu satu stesen.. Biasanya teksi ada waktu waktunya..elakkan waktu puncak.

Biasanya saya akan isi gas jam 1.00 tghari waktu makan tengahari.


Hanya masing-masing punya cara.  Saya elakkan waktu puncak nak bersaing dengan teksi.  Biasanya teksi jarang isi minyak pada waktu puncak org nak pergi kerja / makan tengahri  dan balik kerja.

7. Gas tekanan rendah. Tak dapat isi dengan penuh. Pernah saya isi hanya dapat RM 6 ++ disebabkan tekanan gas x cantik.

PANDANGAN PERIBADI

1. tak semua kereta sesuai untuk sumbat sistem NGV..

BERBALOI?

PETROL
Sehari penggunaan kenderaan dengan Jarak 120 KM sehari x RM 0.16 perkm = RM 19.20 
Hari bekerja 20 hari ~ RM 19.20 x 20hari  = RM384.00
* Tidak termasuk hujung minggu kekadang lebih.  Biasanya sy target RM700.00 Sebulan

GAS
Sehari penggunaan kenderaan dengan Jarak 120 KM sehari x RM 0.04 perkm = RM 4.80 
Hari bekerja 20 hari ~ RM 4.80 x 20hari  = RM96.00


TAMBAHAN PENYELENGGARAAN ( Selain dari penyelenggaran biasa )

Servis tepet RM30.00 setiap 15 000 KM = 0.002 per km
Tukar penapis RM90 setiap 30 000 KM = 0.003 per km

setiap bulan jarak perjalanan anggaran 120 km (sehari ) x 20 hari = 2400 km ( sebulan )

2400km sebulan x 0.005 = RM12.00

ANGGARAN BERSIH PERBEZAAN ANTARA PETROL DAN GAS

RM 384 - RM 96.00 - RM 12.00 = RM276 

Kos permulaan pemasangan anggaran RM 4500.00 / RM 276 = 16.30 bulan anggaran 1 tahun 4 bulan baru balik modal..

Rekod kewangan saya untuk petrol dan gas.. sekarang saya dapat buatkan peruntukan sebanyak RM 400.00 lebih dari mencukupi.

Anggaran simpanan bulanan yg boleh dismpan sebanyak RM300.00 sebulan.

Anda fikirkan berbaloi atau tidak...


UPDATE : 9/10/2014

SPRING BUSH DICADANGKAN







Thursday, 10 April 2014

TUKAR KIPAS RADIATOR

 Masalah muncul , tetiba aircond terasa tidak sejuk.  Mula mula suspek kompressor tak jalan atau fius putus.  Bila cek rupanya kipas radiator patah.

Waktu rosak jam 1.15 pm

Beli spare part jam 6.00 pm

Sampai rumah 7.45 pm

Mula jam 9.30 pm

Siap jam 10.30 pm

Harga Barang ( RM 58.00 )

Casing RM 40.00 - Tukar Casing motor disebabkan ada crack.  Alang alang dah buka.. Baik tukar sekali..                                  kemungkinan semasa kipas tu tercabut dari rotor motor.. hentam casing..  Nak balut /                                   gam 2tan bole tapi tak tahan lama.. nanti jadi balik kipas ( bilah ) patah x pasal pasal nak                               jimat sikit..

Kipas RM 18.00





 Buka skrew 12 untuk tangki spare air radiator ( 2 Biji )


 Buka kabel motor kipas


Buka hos radiator menggunakan playar


Buka nut bersaiz 10 empat biji bagi casing motor ( Nut pertama )


Nut Kedua 


Nut Ketiga


Nut keempat


Motor kipas yang telah dikeluarkan


Kipas baru ( RM 18.00 )  - Kualiti


Casing Motor ( RM 40.00 )


Kotak Casing Motor


Kotak Casing Motor


Ambil casing motor 



Masukkan motor kipas ( Pastikan kedudukan kabel dilurah yang betul ) Ada lekuk


Ikat skrew 3 biji menggunakan screw driver



Motor kipas yang siap dipasang 


Kipas baru 


Kipas baru 


Masukkan kipas mengikut lurah yang betul


Skrew diikat ( saiz 8 )


Pastikan casing di masukkan dengan betul dibawah Casing Aircond

1.  Pastikan semua skrew yg dibuka tadi diikat dengan kemas

2. Pastikan Hos radiator dipasang semula

3. pastikan air ditambah semula


4. Pastikan sambungan kabel ke moto di balut dengan HT Tape.  Bagi mengelakkan air masuk kedalam connector

5. Pastikan kabel tidak terkena objek yang bergerak


6. Pastikan kipas berfungsi.  Start enjin, tunggu ~ 10 min .  Bila suhu mencapai tahap tertentu ,  kipas akan berfungsi.  Biasanya jika tidak membuang thermostat suhu lebih sedikit atau sama ,  indicator mencapai tahap 1/2 meter.  Jika lebih atau tidak berfungsi , cek semula penyambungan kabel motor.






Tuesday, 13 August 2013

Tukar Bumper Depan WIRA

 

1.Bumper pecah ~ Tidak diketahui langgar apa
2. Masa pemasangan 30 minit
3. Kos Keseluruhan target Bawah RM100.00.  Tidak termasuk kerja mengecat dan no plate.
4. Upah ~ Air sirap ais satu kole


 

Pandangan depan bumper pecah.


Buka nut belakang daun pisang


Buka nut dekat daun pisang


Buka apa-apa lampu yang ada di bumper


Lampu pecah sikit.  Pakai balik. Ok jer.. Janji menyala.


Nut yang telah dibuka.  Nak ingat pasang balik


Peneman setia menunggu.  Biasanya duk bawah kete.. Tuannya buat bising mau nya nak tidor bawah kete...


Lokasi nak buka frame Bumper ( 4 biji - 2 kiri + 2 kanan )
saiz 12


Proses membuka nut


Ada rezeki lagi frame OK Alhamdulilah


Barang yang dibeli
1. Logo RM10.00
2.Grill ( Hidung) RM25.00
3.Klip 6 biji RM3.00
4.Bumper RM45.00
JUMLAH RM83.00


Grill Chrome Ambik yang paling Murah.


Klip 6 biji


Tempat skew nak pasang logo


Proses pasang logo


Proses pasang Klip


Bumper siap dipasang setelah dipasang sekali frame.


Siap sepenuhnya


Pandangan sisi


Perbandingan Bumper asal dan baru.  Tak cat .  Modal x ada.  Pakai jenis asal balik.  Murah punya pasal


Stiker bumper .  Entahlah ni ori ke tidak,  Janji murah..

Cover plastik Bumper yang belum dibuka