Tuesday 13 August 2013

UBAH SUAI TAPAK TV 60 INCI

Pakai frame Aluminium yang dibeli di kedai yang buat Sliding door aluminium.  Sebab pakai aluminium ni untuk elakkan ada ruang diantara TV dan dinding. Kalau pakai braket asal banyak sangat ruangnya.



Tukar Bumper Depan WIRA

 

1.Bumper pecah ~ Tidak diketahui langgar apa
2. Masa pemasangan 30 minit
3. Kos Keseluruhan target Bawah RM100.00.  Tidak termasuk kerja mengecat dan no plate.
4. Upah ~ Air sirap ais satu kole


 

Pandangan depan bumper pecah.


Buka nut belakang daun pisang


Buka nut dekat daun pisang


Buka apa-apa lampu yang ada di bumper


Lampu pecah sikit.  Pakai balik. Ok jer.. Janji menyala.


Nut yang telah dibuka.  Nak ingat pasang balik


Peneman setia menunggu.  Biasanya duk bawah kete.. Tuannya buat bising mau nya nak tidor bawah kete...


Lokasi nak buka frame Bumper ( 4 biji - 2 kiri + 2 kanan )
saiz 12


Proses membuka nut


Ada rezeki lagi frame OK Alhamdulilah


Barang yang dibeli
1. Logo RM10.00
2.Grill ( Hidung) RM25.00
3.Klip 6 biji RM3.00
4.Bumper RM45.00
JUMLAH RM83.00


Grill Chrome Ambik yang paling Murah.


Klip 6 biji


Tempat skew nak pasang logo


Proses pasang logo


Proses pasang Klip


Bumper siap dipasang setelah dipasang sekali frame.


Siap sepenuhnya


Pandangan sisi


Perbandingan Bumper asal dan baru.  Tak cat .  Modal x ada.  Pakai jenis asal balik.  Murah punya pasal


Stiker bumper .  Entahlah ni ori ke tidak,  Janji murah..

Cover plastik Bumper yang belum dibuka



DIY Cuci Kondenser COIL WIRA

SEBAB SERVIS

1.  Ada tanda-tanda kurang sejuk semasa kereta berhenti di lampu isyarat / jalan jem / bila tengahari
2. Semak gas ok
3. Semak Evporator ok
4. Semak  Dryer ok
5. Semak pemampat ok
6. Semak sensor ok
7. Semak kipas ok

CUMA KURANG SEJUK.  Mengada-mengada nak sejukkan lagi..  Orang Cakap X Ada Kerja Cari Kerja.. Tangan Gatal Nak Buat Sesuatu..Ada masa terluang plak .. CANTEKKK...

 

Pandangan dari atas.  Proses Melapik dengan plastik sampah.  Belah dua.  Plastik dilapik kot-2 chemical ASID tu terkena mana-mana bahagian yang x sepatutnya kena.  Lepas tu elakkan kabel terkena air.  X pasal-2 short circuit.

  

 Guna spanar saiz 12 untuk keluarkan kipas aircond

 

Kipas dikeluarkan

 

 Buka grill depan "hidung"Ada 6 klip.  Hati-2. Klip ni mudah patah.  Kalo patah.. Ada dijual..


 Hidung telah dikeluarkan



 

Coil yang telah dicuci

 Spray 1 liter


Kimia yang digunakan

 Kipas aircond ( pandangan depan )

 Kipas aircond ( pandangan atas )

 Kipas aircond ( pandangan belakang )

 Kikis semua span yang reput dengan scaper

 Contoh span yang digunakan saiz 1 inci

 Contoh span yang dah siap-siap ada gam

 Span yang telah siap dipasang

Coil yang belum dipasangkan span.  ( Kerja kikis span lama telah siap )

Span yang telah siap dipasang ( Atas coil )

 Pasang semula Apa-apa yang telah dibuka.

PERHATIAN:

1.  Pastikan chemical tidak tertinggal diatas coil

2.  Pastikan AIR YANG BANYAK semasa membilas.

3.  Pastikan chemical tidak digunakan terlalu pekat.

4.  Pastikan tidak ada benda asing yang menyekat aliran udara pada coil.

5.  Sebaiknya buat "performance test"





Monday 24 June 2013

Mencari kedai menjual besi berdekatan Bukit Mahkota / Nilai

Ada sesiapa tahu kedai jual besi?  selain kedai hardware..


Malam tadi ada ternampak dekat pekan semarak Nilai.. ada satu.. Try esok tengok..

Kalo ada info bg tau yaa..

KEDAI BESI NILAI UTAMA (MURAH)

Thursday 20 June 2013

Mencari mesin cutter / potong besi

Kalo ada info barang secondhand pasal alat ni.  Boleh la hubungi saya..
diybukitmahkota@gmail.com


Terima kasih.


Wednesday 12 June 2013

Projek Minggu ni..

1.Tukar Tensional Bearing Aircond.  Alang-alang tukar sekali...
2.Tukar belting aircond.

sebab hari tu masa tukar compressor , skew patah.. so pakai mana yang ada.. x berapa cantik.. hehehe..

lepas tu...

Kalau ada kesempatan nak balut valve aircond di coil vaporator.  KENAPA?

1. High pressure x berapa cantik semasa compressor aktif.  Makin sejuk suhu dalam kereta, valve kecikan kapasiti gas.  KESAN TINDAKAN TERSEBUT?

1.  Peralatan selepas  compressor ( High Pressure ) menjadi terlampau panas sepertimana berikut:

a) Condensor
b) Reciver Drier
c) Paip high pressure

sepatutnya,  paip tu kita boleh pegang seketika.  Ini macam nak melecur tangan dibuatnya..

Lepas tu bila dah terlalu tinggi tekanan, Pressure switch akan mainkan peranannya cut off .. So Kita tidak akan dapat Udara sejuk....dan 

KESANNYA?

Bila tengahari , kita berhenti , aircond menjadi panas walaupun kipas berpusing ligat disebabkan tidak mampu untuk menyikirkan haba



Tuesday 21 May 2013

Macam mana nak asingkan fan dengan motor untuk blower motor suzuki Swift

Harap siapa tahu camana nak asingkan kipas dengan motor.  Kebiasannya ada screw.. Ni plak ada penutup plastik..

Terima kasih

Monday 20 May 2013

Kenapa perlu Aircond Flushing

http://www.car-preventive-maintenance.blogspot.com/2010/05/aircond-flushing.html


Lokasi Kedai Flushing Aircond







SHAH ALAM       https://www.facebook.com/beta.resources?filter=1    

                              https://www.facebook.com/pages/D-Alfa-Auto-Service/125725517554994





Nota : Kepada sesiapa yang ada maklumat kedai yang mempunyai sistem FLUSHING.. Sila kongsi ya..

Terima kasih

... Penulis tidak bertanggung jawab segala yang dipaparkan disini.  Penulis hanya memaparkan maklumat sahaja.  Penulis tidak ada kena mengena dengan syarikat ini.         

kedai baiki aircond kereta
kedai flushing aircond
cuci aircond
Mesin cuci aircond
mesin terbaik
mesin close looping cuci aircond aircond
mesin kool tech
mesin mac cuci aircond


Mesin KOOL TECH KT-007



Rujuk :  http://htyre.com/services/air-con-flushing/