Friday 30 October 2015

MASALAH BREK YANG BIASA HADAPI / BERLAKU


1. Brek berbunyi nyaring kekadang masa sejuk / selalu berbunyi / kekadang bunyi

~ Brek pad habis ,
~ Brek pad jenis tiruan , lebih teruk lagi jenis keras


2. Tekan brek tapi kena kasar

~ Servo bocor
~ Brek pad habis
~ Paip minyak tersumbat

3. Brek x ada langsung

~ Master pam  bocor / masuk angin
~ Sambungan paip getah bocor
~ Kalo brek jenis drum cek kat pam
~ Dalam paip masuk angin

4. Brek terasa lembut , kena tekan banyak kali

~ Buat bleeding , angin dah masuk dalam paip

5. Dekat rim tayar berhabuk banyak

~ Brek pad biasa tiruan
~ Kalo nak kurang habuk cari jenis ceramik , kelemahannya plak dish cepat haus plak
~ Semi metalic atau standard dah mencukupi
~ kalo jenis performance, biasanya lebih banyak habuk.

6. Brek , streng terasa bergegar / goyang dan pedal brek terasa getaran

~ Dish brek lekuk dalam, boleh diskim kalo x melebihi hadnya, kalo ada fulus, lebih baik tukar.

7. Brek ok cuma kena tekan kuat kedalam

~ Minyak dalam tabung kosong
~ Master pam masuk angin / bocor
~ Dalam paip ada angin
~ Brek pad dah habis


8. Brek kereta menjajar kekanan atau kekiri ( Kereta nampak senget sebelah )

~ Caliper jem ( servis ) Pastikan nut caliper tu tak bengkok , taruk grease heavy duty tahan panas

379 comments:

  1. assalam..saya nak tanye ckit pasal brek.brek kereta saya ada masalah.bile sekali pump kosong.masuk kedua kali baru ada..master pump baru tukar..pump drum blakang pun baru tukar..dah bleding bebotol botol ttp jdy bende yg same..cuma yg tak tukar lgy body pump..ape funsi body pump.paip brek klu ada bocor ckit pun xboleh ke..minx pencerahan

    ReplyDelete
  2. Body pump ? Sy anggap Servo yer.
    ~ Secara ringkas, kegunaannya membantu dalam Daya tekanan semasa brek dalam sistem hidraulik.

    Kaki tekan sedikit, akan tetapi daya yg dihantar berkaliganda berbanding dengan tekanan asal

    Brek bocor. tidak seharusnya terjadi dalam sistem brek. Kemungkinan disitu adalah punca kemasukkan angin didalam sistem brek.

    Kebiasannya kita terasa kosong semasa brek disebabkan terdapat udara dalam sistem. Cuba Edeh Paradise semasa bleeding tengok dalam paip yg keluar dari VALVE Bleeding kandungan udara.

    Cuba praktikkan cara bleeding menggunakan paip yg lut sinar.

    ReplyDelete
  3. Kalau tekan brek ade bunyi angin n brek x function ape sebab bos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak faktor.

      Minyak ada keluar di setiap end point?

      Delete
  4. Saya nak tanye kenapa kerete saya brek jem?. Hanye jem belah depan belah brek disk kiri jee. Yang lain ok. Bleeding dah beribu kali dahhh. Master pump dah tuka dah. Servo je yang belom tuka. Adakah itu masalah servo.?? Mohon bantu saya. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Brek jem
      1. Cuba tengok " Caliper slider bolt" bengkok?
      2. Dah service piston Brek?
      3. Disk bengkok atau makan dalam?

      Delete
  5. Kereta saya ada masaalah bila tekan brek perlahan mesti ade bunyi...tp kadang-kadang takde bunyi..brek pad dh tukar..brek pump pn dah tukar...sebab apa ye msih ade bunyi?

    ReplyDelete
  6. Saya anggap Disk Brek. Bukan Drum Brek



    Kalo bunyi biasanya dari

    1. Disk rotor ok? Ada lekuk dalam?
    2. Skrew caliper bengkok
    3. Rattle shim pemasangan longgar atau pasang terbalik
    4. Splash shield longgar atau bengkok
    5. Knuckle Ada kemungkinan juga.

    Kena cek satu-2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya juga hadapi masalah yang sama.Untuk cek satu2 kena pergi bengkel yang ok.Bengkel mana yang ok area rawang?

      Delete
    2. salam Azza.

      Area di Rawang sy tiada contact disana.
      Cuba tanyakan rakan-2 puan yg rapat bagi menyelesaikan masalah ini


      Lokasi sy jalan reko kajang. jauh bebenor kalo semata-mata nak baiki brek. Tidak berbaloi.

      pelan-2 cari bengkel. Insya allah akan jumpalah satu hari nanti.

      kalo setakat bunyi sikit x akan mendatangkan masalah besar. cuma kena buat sesuatu juga

      Delete
    3. salam bang. sy nk hantar keta sy ada masalah brake. lokasi sy kt equin seri kembangan. wassup 0134588510

      Delete
    4. Tuan,

      Sy x ada bengkel. Cuma DIY sahaja d rumah d bukit mahkota bangi. Sy baiki hanya hujung minggu sahaja. Kena set dulu baru sy boleh buat sebab sy kerja tak menentu

      Kalo tuan berhajat nak cek brek sy rekemnkan dua kedai

      2.936647, 101.742940 Muhaimi Auto Sg Merab

      atau

      2.959612, 101.792010 SEMESTA NGV JALAN REKO KAjANG

      Delete
    5. terima kasih bantuan info dan contact

      Delete
    6. Sama-sama Muhammad Rafiq Ismail.

      Sy bantu setakat mana yg termampu.

      Delete
  7. Assalamualaikum..saya nak tanya kalau tekan brek,ada bunyi angin keluar,sbb apa ye?dan kena tekan brek kuat2 baru kereta akan slow dan berhenti..ada juga titisan minyak pada lantai tempat parking kereta saya..harap dapat beri penerangan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusssalam

      Kemungkinan ada kebocoran kepada paip@ pump.

      Mohon cek kesemua paip-2 , dan pump. Itu menandakan ada kebocoran.

      Kalo bunyi angin , menandakan pump brek tuan telah dimasuki angin.

      1. Cek semua keadaan paip, caliper @ drum.
      2. Flushing keseleuruhan sistem.

      Delete
  8. Assalamualaikum..knp bila tekan brek ada bunyi angin keluar dan brek perlu ditekan jauh ke dalam baru ia berfungsi? Berapa kos menukar brek pad dan pump?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos bergantung kepada jenis kenderaan tuan.

      Kalo bunyi angin dan perlu menekan brek , banyak kemungkinan.

      1. Sistem telah dimasukki angin
      2. Brek pad telah nipis.
      3. Sistem brek telah ada angin
      4. Kemnungkinan ada kebocoran

      Delete
  9. masalah break nombor 6 . berapa bajet tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy tak pasti tuan dikawasan mana.

      Anggaran SKIM Sepasang kiri kanan RM80.00
      Upah Anggaran 50.00

      Delete
  10. masalah nombor 7 anggaran kos brp ye kalau repair? area bangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anggaran
      Tukar brek? Tengok jenama apa pakai Upah biasanya RM40-80

      Buat buang angin dalam sistem paip keempat tayar anggaran RM50-RM80.00

      Tukar pam anggaran -RM 40.00 -RM 60.00

      Ini kadaran anggran sahaja.

      Delete
  11. Kalau on aircond brek keras tak cengkam kalau off aircond kuat cengkamannya kenapa yerrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan ada masalah dengan sistem vaccum kereta anda..

      sila cek dengan meter vaccum.. Ada BAR? Jarum statik atau camana

      Delete
  12. salam,knp kereta sy bila tekan brek time slow dia ada bunyi'tak tak tak' dan lagi satu bila saya brek mengejut ada bunyi 'grummm' dics brek dgn brek pad dah tukar. kereta honda civic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.Ada kemungkinan brake pad terpasang terbalik.
      2.Cuba cek screw caliper. Kemungkinan bengkok.

      Kenapa asalnya tukar dics brake?
      dah nipis atau bengkok atau ada msalah lain?

      Delete
  13. salam knapa ye ble sye tekan brek terasa agak kasar n sye perlu tekan dlam2.dan terasa ada bnyi angin apbila menekam brek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tengok master pump. Ada kebocoran?

      Delete
    2. da tukar bos.. tapi masih ad lagi problem tuh

      Delete
    3. 1.Dah buat full bleeding keempat-2 tayar?

      2. Kereta ada ABS?

      Delete
    4. ada abs bos. blum buat lgi

      Delete
    5. Kalo ader.. Buat bleeding di abs juga.

      Mostly benda ni ada masalah berkaitan dengan ABS juga. Kemungkinan ada sumbat disitu.

      Kereta tuan model?

      Delete
    6. saya kereta myvi 1.5 se 2013

      Delete
  14. Sya ada lori 6tan bila tekan brek ada bunyi tug tug tug bahagian depan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba cek Spring.. Atau ada komponen yang melekat.. Kena buka dan cek keseluruhan.. kekadang Habuk pun boleh jadi

      Delete
  15. Salam,
    Keta sy bila brek kuat time nk berhenti or nk lalu bonggol bunyi gruh..gruh kt dpn blh kiri. Dah tkr pad td tp x jadi gk. Abs prblm ke disc kena skim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi tu macam Pump kaa..

      Yang tu sistem PAM ABS tengah aktif

      Disc dah SKIM?

      Delete
    2. Rupanya pad blkg la yg dah haus. Patutlah dah tkr pad pastu skim disc dpn pun x hilang bunyi. Bunyi dtg dr brek blkg sbnrnya

      Delete
    3. Thorbaik.. Dah selesai.. Tahniah

      Delete
  16. Assalam....saya baru tukar pad break ...cuma dlm seminggu ni rim sebelah kanan (hadapan) agak panas selepas perjalanan berbanding rim kiri....bau hangit tidak ketara sangat.....MOHON PENCERAHAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 2 kemungkinan

      1. Masalah Caliper bolt bengkok atau terlekat
      2. Masalah Caliper piston tak centre @ Karat

      Delete
    2. Assalam tuan sy pun hadapi masalah yg sama tp keta sy bahagian blakang sblh kanan pula..kerap tukar pump break dan bearing pun dah tukar 4 kali x sampai setahun..keta jenis saga blm mohon pencerahan tuan

      Delete
    3. 1.Kerap tukar pump brek disebabkan tuan x menukar keseluruhan minyak dalam sistem dimana minyak didalam sistem tercemar teruk. Seeoloknya tuan menukar pump brek yg berkualiti sedikit dan tukar keseluruhan minyak(flushing)

      2. Bearing kerap tukar dibahagian belakang disebabkan housing bearing dah rosak. Tuan kena tukar housing tersebut. Insyallah selesai masalah tersebut. Pastikan semasa tuan menukar bearing tersebut berhati-2 semasa mengetuknya dan ketatkan skru tidak terlalu ketat.

      Delete
  17. salam, mit triton saya buat flushing mnyak break,lpastu bleed,3 biji tyar ok cuma 1 belah.depan kita bleed dia kluar slow tk mcm lain mnyak kluar laju
    tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan ada kesumbatan di valve atas dan bawah .. kena cek satu satu

      Delete
  18. salam, nak tnya knapa brek x mkn, leaking x der, minyak brek cpt kurang, pastu tekan2 brek masa enjin idup asap kua dari ezos...mslh servo atau mastepam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. toyota corrolla ae 80 tp dh tukar enjin pakai enjin 4age ..maaf..lupa nak bgitau

      Delete
    2. Pada hematan saya, kemungkinan master pam rosak. tapi tuan kena cek dulu, disitu terdapat satu benda valve. Kalo benda valve one way tu ada kesan minyak. Maknanya master pam dah bocor.

      Minyak break dah masuk dalam servo. so vaccum tu tarik sekali minyak.

      kalo kompom minyak ada, Diafram dalam tu dah lembik..

      Kena tukar kedua-2nya

      Delete
    3. http://i66.tinypic.com/alp8uw.png

      Delete
  19. tukar skali servo ke? servo boleh cuci jer ke? harga servo n masterpam tu satu2 brapa ye agak2?

    ReplyDelete
  20. Asalam bro, kerta saya toyota wish NFL 08.pada mulanya tukar brake pad n skim disc, lepas pd tu trus brake berbunyi, pomen tukar pad ori pun....masaala bunyi mnjerit tu x jg hilang, dan lebih buat saya pening dlm kelajuan wakru mmandu 40 ke 50kmj akan rasa brgegar dan akan hilang gegar tu bila melepasi klajuan 50kmj.....
    Pening kepala bro....adoiiii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jack kereta. Try pusing dengan tangan ada bunyi tak?

      Delete
  21. Assalam, saya mempunyai kereta viva. Masa nak panaskan enjin ada bunyi 'tek tek tek' sehingga lah kereta sudahbjalan baru bunyi tu hilang. Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunyi d bahagian mana tu?

      bahagian enjin atau brek?

      Delete
  22. As salam tuan..lori 1tan saya brek nk kna pam dulu apa punca ye..master pump dah tukar baru..blending pun dah buat semua tayar..mohon pencerahan tuan..

    ReplyDelete
  23. As salam tuan..lori 1tan saya bila brek nak pam 2 3 kali baru nak cengkam..master pump dah tukar baru..blending dah buat 4 tayar..apa masalah nya tuan..mohon pencerahan tuan..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan ada masalah d vaccum pipe atau valve dalam paip..dia jem

      Delete
  24. Salam tuan. Sebelum ni, reservoir pump saya kering kontang. Saya pun tak tahu kenapa. Selepas tu, pomen nasihatkan saya untuk tukar brake shoe, wheel cylinder dan buat bleeding keempat empat tayar. Dah okay dah. Lepas 2-3 hari, brake fluid saya kurang dan bila tekan brake rasa lembut dari kebiasaan. Mohon penjelasan. Untuk makluman, saya pengguna Wira 1.5.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan kena cek semua paip yang bergetah. Biasanya ada kebocoran.

      pasal lembut tu kemungkinan angin dah masuk. Kena buat bleeding semula. Pastikan jumpa dahulu d tempat kebocoran tersebut

      Delete
  25. Tuan nk tanya sikit la.kenapa brake kete kancil ni..kene tekan kuat baru makan.buka a/cond lg teruk..lg kuat kene tekan

    ReplyDelete
  26. Salam tuan..brek kete sy berbunyi besi bgesel bila ditekan..brake pad dah tukar..lpas tu tak kluar bnyi..seminggu lpas tu keluar blik bunyi besi bgesel tu..apa masalah nya ek?n ade jugak sy prasan bila belok ke kiri memang akn bnyi bgesel tu jugk tp tak kuat..belok ke knan takde plak bunyi..kalau masalah brake rotor..anggaran brapa ringgit?mintak tolong jelaskn..trima ksih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Permukaan rotor lengkuk dalam? roto masih tebal? kalo ya, boleh try skim.. Anggaran RM70.00 atau lebih bergantung kepada model kereta.

      Kalo nak tukar, harga bergantung kepada model kereta tuan

      Cuma semak dulu sebelum tuka rotor

      1. Kedudukan Wear Breake indicator
      2. Sim@pelapik brek dipasang dengan betul
      3. Skrew caliper x bengkok.
      4. Cover Dust Brake tak bengkok atau terkena apa-apa komponen
      5. Kekadang ada sesetengah kes , lower arm goyang pun boleh jadi hal.

      Delete
  27. salam tuan, sy ada masalah di mana brake agak lembut bila tekan. tapi masih berfungsi cuma perlu tekan sgt dalam. handbrake pula kena tarik tinggi. baru berlaku sebulan. sebelum ni ok. boleh tuan kenal pasti apa masalahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Handbrake perlu tarik tinggi menandakan lining brake shoe ( Brake pad ) dah nipis.

      Tekan agak lembut kemungkinan minyak dah berkurangan. Angin dah termasuk dalam sistem brake.

      Brake pad dah tukar?

      Alang-2 bole buat bleeding sekali

      Delete
  28. Tuan,kalau tekan brake,mcm kosong,,tekn sampai abis baru kereta brenti,,,tayar belakang mcm ada liking,,,livina brake drum belakang

    ReplyDelete
    Replies
    1. tekan mcm kosong tu macam mana yaa? Perlu ditekan banyak kali baru berfungsi?

      Delete
  29. Tuan,brek drum kereta belakang sebelah kanan lebih panas dari kiri.agak susah nak pusing kalau jek. Dah servis buang habuk ok balik.lepas 1 2 minggu masalah berulang lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkemungkinan ada masalah
      1. Adjuster terlekat. Kena taruk gris heavy duty. Kalo buang habuk semata-2 tidak menyelesaikan masalah. Perlu diminyakkan @ dilicinkan dikawasan yang sepatutnya

      2. Kemungkinan spring tidak cantik dah renggang @ tegangan dah tiada.

      3. kemungkinan ada masalah bearing sangkut. Pernah sy terima kes dimana bearing menjadi hal disebabkan brek bermasalah

      4. kemungkinan pemasangan mangkuk terlalu ketat atau ada masalah mangkuk dah terlalu nipis

      Delete
  30. Salam tuan,minyak brake sy selalu kurang smggu kena tambah,pastu dekat rim dpan byak minyak itam,boleh tuan bgtau ap msalahnye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minyak hitam? Kalo minyak hitam biasanya dari minyak lain.

      Cuba tengok dekat brek atau berdekatan dengannya .. ada tanda minyak..

      kalo ada.. memang sah minyak brek. Biasanya masalah getah dah reput.. boleh tukar dengan servis piston brek sekali.

      Harganya x mahal bila buat servis. kalo boleh masa servis tue.. tengok sekali screwnya bengkok tak..

      elakkan pakai screw berwarna gold. Cari warna hitam. lebih mahal sikit tapiii puas hati

      Delete
  31. tuan nak tanya.knape sy bru sehari tukar break disc,break pad dn servis break.tapi bahgian depan sebelah kiri bau hangit bila berjalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Normal.

      Dia akan ambil masa untuk serasikan antara ketiga-2 komponen.

      Kalo dah melebihi jarak anggaran 100KM atau 2 minggu, eloklah pergi kebengkel semula. Kemungkinan ada masalah lain spt tersilap pasang atau saiz brake pad x sesuai atau lain-2

      Delete
    2. Sy cadangkan.. elakkan membawa kereta terlalu laju.sebab brake belum dapat cengkaman penuh.

      Delete
  32. Salam bro, kereta sy bulan December 2016 baru tukar brake pad sbb ada bunyi bising sikit, lepas pada tu bila sy brake bunyi bising juga dan bila brake sampai habis akan bunyi gruh yg kuat.. Sy pergi kedai pada Januari 2017 dia ckp kena skim dish brake, sy dah buat tp lepas seminggu dia bunyi bising semula, dan bunyi gruh dah tak ada cuma bila brake emergency smpai hbis bru bunyi.. Kenapa ye? Mohon pencerahan.. Model Myvi SE 1.5 2012..

    ReplyDelete
  33. Salam ..

    Myvi ada satu benda kena buat sedikit adjust.
    Brake calipernya kena adjust sikit.

    http://www.diytacra.com/2012/12/myvi-caliper-problem.html

    Myvi Caliper Problem Tacra DIY Garage.
    Sana tuan akan dapat tengok apa yg sepatutnya kena buat

    harap dapat selesai kes tuan.

    kalo ada masalah lagi boleh tanya yaa

    ReplyDelete
  34. Salam Tuan Khairul,

    Saya pemilik kereta Proton Iswara. Brek kereta saya makan, tapi kena tekan sampai habis baru dia makan. Tekan sangat dalam. Apa masalah yg kereta sya hadapi? Saya baru saja servis minyak brek di Proton Edar. Tapi masalah masih sama. Tekan sampai habis baru dia brek.

    Terima kasih banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekan habis tue.. kena pum tak?

      Kalo x, kemungkinan
      1. Bleeding x complete.
      2. ada bahagian x sampai minyak habis
      3. Kena tengok Body pump kot-2 ada masalah

      atau

      Kena adjust satu screw dekat master body pump

      Delete
  35. Salam tuan..saya nak tanya..kereta saga blm saya ble tekan brek,dia keras..ap punca dia ye?..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keras? ketat?

      Cuba cek vaccum hose. Kemungkinan longgar @ hose pecah @ Vaccum check valve dah rosak

      Delete
    2. rujuk check valve ( cth sahaja )

      http://www.electricsubaru.com/vacuum/hose2.jpg

      Delete
  36. Tuan sy nk tanya brake dics LC depan sy asyik berbunyi.Mula2 pg kedai kata pad habis dh makan besi.Besi pun dh calar.Kena tukar kata pomen.Tp bila tukar masalah yg sama masih timbul.Sy dh habis RM 98 utk pad dan disc.Mohon bantuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahmad ,

      Kena buat service brek. Kemungkinan piston brek lekat@ ketat dia tak main ulang alik dengan cantik.

      Kalo nak buat sendiri pun boleh sebenarnya.. Mudah

      Buka Brek
      https://www.youtube.com/watch?v=5F_IOuXkNdA

      Cara Bleeding
      https://www.youtube.com/watch?v=P7jVI28x82U

      Cara Buka Piston dan servis
      https://www.youtube.com/watch?v=aeb-tN_nKYA

      Delete
    2. Elakkan pakai Ibu kunci di DISC.. Pakai Kunci kelesamatan yg sesuai.. bagi elakkan DISC bengkok apabila lupa membuka kunci, terus jalan.. Jahanam DISC weh

      Delete
  37. Pagi tuan....nk tnya...kreta saya 3ton hicom handalan 2....masalah break hadapan sebelah kanan x makan....brek valve baru, brek shoe baru, brek wheel cylinder baru, modulator baru....bleeding lama2 ok...bila lepas test masih kluar buih....brek tetap x makan....knp erk??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkenan dengan lori tersebut sy belum biasa.

      Kalo kenderaan biasa.. kalo semua peralatan yg disebutkan dah ditukar. Biasanya berpunca

      1. Alat ABS
      2. Body PUMP ( distrubution Combination )
      3. Paip agihan tak ketat biasanya dekat kepala ada retak dalam
      4. Paip getah leaking halus.

      Delete
  38. Nk tanya,kereta CRV G3, kalau tekan brake dlm2 tanpa bergerak ada bunyi menjerit,lps tu bile dh OFF engine slps 5min akan kluar bunyi angin bersiul...

    ReplyDelete
  39. Pada hemat sy apabila tuan menyatakan ada bunyi "hisss" semasa enjin dimatikan, indicator tersebut boleh disimpulkan kemungkinan besar Master Pump/ Brake Servo/Pump Brake Booster mengalami kerosakan dimana pada diafram didalam alat tersebut kemungkinan besar dah terkoyak.

    rujuk :

    http://www.crankshift.com/wp-content/uploads/2013/10/power-brake-booster-diagram.gif

    https://www.youtube.com/watch?v=0sj5d48mcss

    ReplyDelete
  40. Nak tanya....sy da tukar break servo tapi msih sama..tekan break keras jgak..pastu ok blik...ape lg yg tk kena??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rujuk :

      http://www.freeasestudyguides.com/engine-vacuum-test.html

      http://www.austincc.edu/wkibbe/vacuumtesting.pdf

      Delete
  41. Tuan nk tanya,knape bila brek ia berbunyi sedangkn brek pad tukar baru n leaning brek pun dh buat,tp still lg bunyi kalau tekan brek

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Kebiasannya bila tukar brake dia mengambil masa usntuk diserasikan
      2. Kemungkinan Cover dust bengkok. Perlu adjust
      3. kemungkinan SHIM indicator tidak diadjust semula

      http://www.zhome.com/ZCMnL/PICS/BrakePads/990322-200613.jpg

      http://www.joshhulstein.com/data/web/club_xb/brakes_diy/brakes_diy_21.JPG

      http://slingshotinfo.com/index.php?attachment/6027-brake-5-png/&thumbnail=1

      http://i307.photobucket.com/albums/nn284/JerseyGTI32/DIY%20brake%20dust%20shield%20removal/brakeduct1.jpg

      https://i0.wp.com/www.saabisti.fi/wp-content/uploads/2016/04/welding-the-piece-in.jpg?ssl=1


      Delete
  42. Salam tuan. Saya pakai kancil. Hari tu sblom tukar brakepad, lepas brek akan ada macam bunyi "guk" tapi benda ni kadang2 je berlaku. Bila saya lepas brek akan bunyi "guk" tapi x selalu la. Apa masalah eh? Lepas tukar brakepad baru pon sama je tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunyi guk semacacam hentakan?

      Kemungkinan berpunca
      1. Kingpin @ Lower arm dah longgar
      2. Cek Caliper brake
      2. Steering rod

      Delete
  43. Assalamualaikum tuan. Saya pakai myvi 2013. Baru2 ni bila break kluar bunyi tungx3. Rasanya pada tanya depan blah passenger.Saya igtkn masalah break pad. Tp lps dh tukar break pad pon bunyi lagi. Harap tuan boleh bantu. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam.

      Myvi ni biasanya bunyi semacam ketukan disebabkan skrew caliper ada gap sedikit. Cuba cek screw tersebut.

      Terima kasih

      Delete
  44. Salam tuan..kereta sy ada masalah brake..bila tekan sekali cengkam..bila tekan kali ke2 @3 dah x makan..tmpt padel brake jadi keras..bila jalan sikit dah okay balik padle brake x mengeras

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cek BRAKE SERVO & Vaccum pressure.

      Kemungkinan ada masalah valve atau kebocoran getah servo.

      Delete
  45. assalammualaikum tuan..kereta sye myvi 1.5..tekan brek lepas ada bunyi (wiiiiiiii)..sedangkn kereta x bergerak pon..minyak dah cek masih ada..apa prob tuan?minta pendapat tuan..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. bunyi seakan angin?
      RPM kereta ada tinggi?

      Delete
    2. rpm biasa tuan,,kereta berhenti..tiap kali tekan paddle dia kedalam pastu time kite lepas paddle dia bunyi wiiiiiii..master pump dah tukar tp sama juga..kereta myvi tuan..

      Delete
    3. Wii tu bunyi seakan getah tergesel?

      Cek Semua brek ada angin/ buih?

      Delete
    4. Salam tuan..saya juga ada masalah y sama di atas tuan..dengaq bunyi wiiii bila lepas paddle brek..ada penyelesaian x masalah ni tuan..untuk makluman saya x rasa bunyinya datang dari getah bergesel..

      Delete
    5. Sy x dapat bayangkan mcm mana bunyi wiii tue.. Kalo bunyi hissss... sy tau apa rosaknya

      kalo ada bideo.. Lagi bagus

      Delete
  46. Assalamualaikum, mcm mana nak tukar master pam seal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiranya nak tukar bahagian( getah) bahagian dalam Master Pam?

      Delete
  47. As salam...tuan..knpe brek prlu di pump baru makan...slaluny brek bahagian hadapan depan sebelah kanan je makan...sya guna wira se 1.5

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma cek piston brake caliper. Dia ada main atau Jam?

      Kalo dia tak gerak. Cuba cek dekat valve? ada minyak keluar?

      Delete
  48. As salam....tuan nak minta tnjuk ajar skit tuan,apa msalah jika brek abs bila panas brek akan jem tp yg jem cuma brek depan sebelah kiri yg lain smua ok,mula cerita nya mcm ni tuan hri tu kete lama parking jd tpikir plak nak g jln2 jd sblum tu layan kan la cuci smua kete ni tmasuk enjin lpas siap cuci trus la bawa jln lebih kurang 5km mcm tu brek depan trasa mlekat sbelah kiri makin jln makin rasa melekat dan kete pun mmg tak boleh paksa da sbb brek smakin mlekat(jem)lpas tu sya parking lebih kurang sejam bila brek sjuk balik ok pula da tak jem lgi trus bawa balik rmh ke esokan hari sya ganti brake pad baru memandangkan sblum ni brek da nak hbis da nipis sangat skali service skru kat caliper siap buka piston brek service ngan ganti kit skali lpas siap smua ganti mnyak brek baru dan buang mnyak lama selesai smua sesi buang angin ke empat2 brek lpas tu sya cuba bawa jln bila brek da panas brek akan jem makin paksa nak jln makin brek trasa jem makin mlekat bila sejuk kan balik brek ok smula,nak minta pandangan tuan..rasa2 punca masalah tersebut hehehe
    #ketebesiburukprotonputra

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan.

      1. Semasa tukar brek pad. Jumlah Breke pad sama nipis atau tak sekata. Kalao tak sekata. Kena cek ruang brake caliper kemungkinan karat dibahagian dalam

      2. Brake pad terlebih besar

      3. Disc brake bengkok

      4. Screw caliper semak sama ada bengkok atau tidak.

      5. Paip minyak ada masalah. flow tak cantik bila pipe kembang disebab kan ada getah dibahagian dalam dah terkopek.
      ini boleh disemak dimana semasa proses flushing dilakukan, terdapat perbezaan pressure.

      Delete
  49. salam tuan,

    nak tanya, sy guna kereta kelisa dan bila sy drive kereta tu ada bunyi friction dekat tayar atau disc.. sy xsure.. tapi bila saya brake, bunyi tu tiada.. agak2 apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan
      1. Brek pad dah nipis
      2. Piston brake@ screw caliper ada masalah
      3. Dust cover kemungkinan juga .. Boleh cek sekali

      Delete
    2. Terima kasih tuan kerana membantu sy.. dapat mmberi gambaran serba sedikit sebelum ke bengkel..

      Delete
    3. Sama-sama tuan.

      Sy x boleh nak jangkakan juga sebab x nampak depan mata. Sy bantu setakat mana yg boleh yg biasa sy hadapi dengan pelanggan


      Terima kasih jengah ke blog saya

      Delete
  50. Salam tuan..sy hanya ingin bertanya..kereta menggunakan brake ABS,bila kereta sudah lama pakai adakah minyak brek perlu ditukar baru jika kotor ataupun sekadar hanya tambah minyak brek sahaja kalau berkurangan tak perlu nak buat flushing jika ganti baru..sebab kereta myvi sy minyak brek kotor sikit..pomen dekat bengkel cakap x perlu flushing minyak brek takut ABS masalah..dia cakap check minyak brek sahaja jangan bagi kurang..klau kurang tambah je xperlu flushing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pandangan saya, tuan boleh merujuk kepada panduan manual yang disertakan bilakah tempoh perlu ditukar minyak.

      Anggaran 80 000km atau 3 tahun atau dah nampak kekeruhan pada minyak, tuan perlu menukar minyak tersebut.

      ABS akan rosak jika prosedur dan peralatan yang tidak bersesuaian semasa proses penukaran minyak tersebut.

      Tuan boleh merujuk kepada yang pakar @ service centre dimana mereka ada cara bagi mengelakkan ABS tersebut tersumbat jika kekeruhan dan keladak terlalu pekat

      Delete
    2. salam nak tanya kenapa bila turun handbreak nk undur kereta tak boleh, mcm break belakng cengkang tak lepas..jalan kedepan pun tak boleh..dh lama sikit dia bunyi tak..bru boleh undur..apa masalahnya yea honda city 2016..mohon pertolongan..

      Delete
    3. hai Leongart

      Kemungkinan
      1.brake pad dah nipis
      2.Caliper brake JEM / ketat

      Delete
    4. Kemungkinan juga springnya ada masalah dan kabel sangkut

      Delete
  51. assalam tuan,
    sy pengguna kancil. selepas hampir 5 tahun penggunaan bermula masalah brake bergegar sebelah kiri depan.
    kali pertama - skim disk dan tukar brake pad, lepas beberapa bulan bergegar semula
    kali kedua - tukar disk baru dan brake pad baru, selepas beberapa bulan bergegar semula
    kali ketiga - tukar disk dan pump mira L5, brake pad baru, tukar mnyk brake baru, tukar bush stabilizer bar depan, tukar drive shaft, selepas beberapa bulan bergegar semula
    kali keempat - skim disk, tukar absober mounting, tukar lower arm, selepas beberapa bulan bergegar semula
    minta pendapat apa masalah sebenar dan apa yg perlu dilakukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergegar semasa brek atau semasa memandu?

      Delete
    2. Bergegar stering ( stering bergoyang kiri dan kanan )
      atau dash board yang bergegar?

      Delete
    3. bergegar semasa brek sahaja. steering dan dashboard bergegar

      Delete
    4. Pernah sy jumpa kes macam ni disebabkan rim bengkok dan tayar bermasalah. Cuba jek tayar dan pusingkan tayar.. Ada nampak gelong tak?

      Delete
  52. Assalam tuan
    Sy baru je tukar brake disk spt saranan mekanik bengkel. Cuma selepas bbrp hr bila tekan brek hbs bunyi halus tu ada lagi. Apa masalahnya tu?

    ReplyDelete
  53. Aslm tuan sya ade masalah pd break depan jammed melekat dh service,break pad bru,master pump dan pump dics pon dh service..tpi bila start jln lama kelamaan dia jammed spi berasap.pd padel break tekan sikit je dh berhenti.
    Kereta jenis iswara servo dh tukar honda...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada pandangan sy. Servo tidak ada kaitan secara terus hal brake jem.

      Piston brake caliper dan Screw caliper ok?

      Cuba cek.. Mungkin ada bengkok pada screw

      Delete
  54. Slm tuan sya nk tye masalah break jammed(depan)dah tukar pad break dh buat full service dpn n blkng,starting jln ok lps jauh sikit jammed smula tp padel break tekan sikit je dh makan.adakah itu berpunca dri servo...
    Jenis kereta iswara servo dh tukar honda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada anggapan sy tidak ada kaitan terus kepada Brake jem.

      Jem keseluruhan tayar atau sebelah depan atau sebiji tayar sahaja?

      Delete
  55. As salam tuan..Saya nak tnya maslah brek mgluarkan bunyi msa mbrek..bunyi taktaktak tapi tak selalu kdng2 jer..Dh pernah tukar brek pad..Hujung minggu nak balik kmpung..masih selamat tak klau balik..kmpung dlm 3@4 jam jer..sbb nak ator lepas blik dri kmpung..ada risiko tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. risiko tetap ada tuan. Sy tak dapat jangkakan apa kerosakan berdasarkan bunyi.

      Hati-2 memandu

      Delete
  56. Slm tuan. Sya nk tya mslh handbrake wish stuck.ketika handbrake d tekan Dan bila di tekan balik tidak bole release.perlu tekan byk Kali baru release. Bila hendak tekan blik sudah tdk mahu lekat blik.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan.

      Handbrake x nak turun? atau dah turun masih lekat?

      Apa maksud d tekan balik baru release tu yaa.

      Handbrake atau brake padle?

      Delete
  57. Salam tuan, jika tekan break terasa sedikit keras dn tidak mencengkam, kdg2 bila sy pam bnyk kali langsung x break, dn dlm masa yg sama rpm jatuh dn enjin jd bergegar-gegar mcm nk mati. Adakah mslh servo atau pump disc? Harap tuan dpt bantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada beberapa kemungkinan
      1. Servo bocor
      2. Valve return ada masalah
      3. Paip bocor atau retak

      PUMP DISC tu maksudnya CALIPER PISTON?

      Delete
  58. Assalamualikum.... boleh saya tahu alamat tuan... senang nk hntr service

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam.

      sy x ada kedai tuan. Hanya membaiki pada hujung minggu atau waktu malam jika ada kecemasan berdekatan dengan rumah sahaja.

      Sy berlokasi di Bukit Mahkota Seksyen 6 bersebelahan dengan NILAI 3

      Terima kasih

      Delete
  59. Salam tuan, saya ade satu masalah bunyi seperti besi bergesel di kawasan tayar. Sebelum ni dpt masalah bila brake bergegar. Jadi saranan bengkel tukar brake disc. Pabila dah tukar dpt pulak satu masalah dimana ade bunyi geseran besi pada kawasan berkenaan. Seterusnye cadangan bengkel untuk tukar brake pad. Bila dah ditukar masih ade bunyi geseran tu. Disc baru n brake pad baru. Tapi masalah ni belum selesai. Mintak pendapat tuan berkenaan masalah ni. Geseran cume berlaku jika permukaan jalan tak rata. Saya guna honda city tahun 2010

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan ada tergesel dengan cover dust

      Delete
  60. salam tuan. nak tanya, sy baru tukar pump brake belakang. tp masa bleeding tu, brake tak tangkap. bila check belah kiri minyak keluar cantik. tp belah kanan pam byk kali keluar angin je. bila buka paip minyak tu, minyak tak keluar pn. angin je keluar bila tekan brake. tp yg belah kiri tu ok meleleh je minyak keluar walaupun tak tekan brake.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan ada sistem tersumbat. Kereta tuan ada ABS?

      Delete
  61. Salam tuan
    Sy pakai kancil 850 manual
    Bile saya tekan brek ada bunyi guk
    Kdg bunyi kdg tidak, skrg bile tekan brek
    Dashboard ngn stereng bergegar, bila bawak lebih dr 80kmj
    Tq tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stereng rack bush kemunginan. Atau lower arm. Kena cek satu persatu. Biasanya bunyi guk bila brek ada lah dari situ tuan

      Delete
  62. Replies
    1. Cuba tuan jek kereta dan pusingkan tayar . Ada bunyi atau tak. Cuba goyangkan kiri kanan dan atas dan bawah

      Delete
  63. Salam Tuan,
    Saya Safwan.

    Masalah saya hadapi adalah,
    saya menekan brek ketika kereta bergerak dan saya dapat rasa pada stering seperti tayar turn sedikit (Kalau brek mengejut ada keluar bunyi), kemudian apabila tekan pedal minyak semula, terasa turn semula pada stering.

    Apa pendapat tuan tentang masalah ini? Bahagian apa yang perlu saya periksa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan
      1. Piston caliper tidak berfungsi dengan baik. tunggu masa nak jem. Nak periksa. Angkat kedua-2 tayar. Org kat dalam break dan release.. tuan pusingkan. jika pusingan sebelah menyebelah x sama.. tayar mana berat.. disitulah puncanya

      2. Kalo turning dengan bunyi "kuk" atau tayar makan sebelah. Kemungkinan "king pin" lower arm dah goyang

      3. Getah stereng rod tuan dah rosak(longgar)

      4. Tie rod longgar.

      Tuan kena cek satu persatu. sebab banyak komponen yang berkaitan.

      Pernah juga sy jumpa Absorber bermasalah. Tapi kes ini amatlah "RARE" kemungkinan tetap ada

      Harap dapat membantu

      Delete
    2. Untuk steo kedua.. Tuan boleh cek dengan goyangkan kiri dan kanan lepas tu goyang atas bawah dengan tayar tergantung.

      pastikan ada org pegang stereng dalam kereta.

      Hati-2 tuan.. Pastikan tuan gunakan support dan tidak menggunakan jack semata-2. Pastikan juga tayar belakang disendal dengan sempurna

      Delete
    3. Baik terima kasih atas pencerahan tuan.

      Delete
    4. Salam tuan, terima kasih banyak. Masaalah di atas dah selesai dengan tukar lower arm, saya dapati memang tayar makan sebelah.
      Tapi saya tukar sebelah kiri sahaja, ada effect ka jika tukaq sebelah sahaja?

      Lagi satu tuan, baru2 ni saya ke Ipoh, semasa dalam keadaan turun bukit menora 90 km/h, saya tekan break dan steering saya bergegar. Apa punca masalah ini? Jika dalam keadaan jalan mendatar tiada masalah steering bergegar.

      Delete
    5. 1. Tak jadi masalah kalo tukar sebelah sahaja. Cuma best praktis. tukar kedua-dua belah sebab usianya sama.

      2.Steering bergegar macam mana tue tuan, bergegar satu dahsboard , stereng kiri kanan , atau atas-bawah atau berpusat?

      Delete
  64. As salam...brek blah kiri berbau hangit dan panas (kemungkinan lekat) apakah kemungkinan kerosakkan nya...pakai.myvi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Piston caliper jem

      Skrew caliper bengkok ada kemungkinan juga.

      Delete
  65. Assalam tuan,
    saya pakai vios y 2010, skang masalah brek bila jalan. Kadang2 seolah bergeser dengan besi gerigi.
    Bila check, brek semua ok, brake pad 4 mm, x der leaking.
    Service centre x dpt detect.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan.

      Bunyi kemungkinan dari "Brake pad shim"

      Cuba cek brake pad? Adakah makan rata atau senget? Kalo senget. Kena cek skrew caliper sama ada bengkok atau jem

      Delete
  66. salam ...apa fungsi vacuum hose pada servo brake yang disambungkan pada intake manifold...apa akan jadi jikalau tersalah pasang arah hose vacuum tersebut ...adakah ia menyebabkan kereta menjadi lambat pikat...t kasih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1.Nak tahu fungsinya , sila rujuk : https://en.wikipedia.org/wiki/Vacuum_servo

      2. Tersalah pasang arah hose, tidak melibatkan kereta lambat pickup. Cuma terjadi brek keras.

      Delete
  67. Saya ada masalah brek melekat sampai terhenti sendiri bila tekan slow2 waktu dalam kelajuan perlahan(contoh bila menghampiri bonggol atau hendak berhenti).Dalam kelajuan 60km ke atas tiada masalah.
    Adakah itu masalah piston brek jem atau skru caliper bengkok tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kemungkinan besar, piston jem.

      Kalo skru caliper bengkok ada kemungkinan juga, tuan boleh cek , kalo brake pad makan sebelah, yakni skru caliper bengkok dan stuck.

      Seeloknya cek kedua-duanya. Pastikan letak minyak berasaskan silicon. Kalo x ada, pakai grease high temp pun boleh, tapi x digalakkan.

      Delete
  68. Saya ada masalah pada brake caliper kancil depan 22 side. .dah service dah tukar repair kit..
    Tapi masih berulang...panas bila jalan jauh..
    Apa masalahnya tuan adakah master pump lekat .
    Seperti minyak dari caliper lambat balik ke pot.
    Hose 22 depan dah ganti bru...
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada awalnya. Kenapa tuan servis master pam yaa?

      Brek lambat balik ke asal d sebabkan

      1. Piston brek berkarat
      2. Skrew caliper bengkok
      3. Ada udara dalam sistem

      Delete
    2. Terima kasih Tuan..
      Akhir nya terjwab juga master pump problem.
      bila terasa nak pegang rim belakang bila dah main brake brake belakang tak rasa suam langsung..
      tukar seketul master pump...

      Delete
    3. Sama-sama tuan.. Harap membantu

      Delete
  69. Salam tuan...kereta saya ada masalah berkaitan abs..dekat abs dari master pump ada 2 hose kepada abs...check kedua2 pergi kepada abs..dari abs akan pecah 4 hos kepada semua tayar..bila dibuka satu2 hos di abs ke tayar,2 ada pressure dan 2 lagi tiada ape2 yg berlaku...maksud kereta saya hanya 2 tayar yg brake beefungsi dan 2 tayar kosong..tn penah mengalami hal begini? Adakah sensor abs di tayar atau mmg abs saya yg rosak..buat sementara waktu saya alih saluran 2 yg ada pressure kpd dua dua tayar hadapan..bermaksud sy tiada brake belakang..boleh kongsi pandangan tuan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. Bukan ABS sensor rosak
      2. ABS rosak
      3. Pandangan sy, tuan dan servis ABS ? atau ada tukar minyak? atau minyak pernah kering?
      4. Jika mampu tukar ABS , Sebelum tukar , pastikan sistem dalam keadaan bersih serta minyak ditukar 100%
      5. jika x mampu nak tukar ABS , sy cadangkan tuan pakai BODY PUMP BRAKE. Risiko tuan tidak ada ABS dan kena modified beberapa perkara. Tuan kena tahu apa yg tuan buat. RISKO tetap ada. Sy hanya mencadangkan sahaja. RSISKO tanggung sendiri.
      6. Ya sy pernah alami perkara bengini untuk kereta perdana.

      Delete
  70. saya ada masalah ketika brek mengejut @ bila memandu laju tiba2 brek mengejut, ada bunyi ketika brek. brek pad baru tukar. sdh buat flushing. sistem ABS. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi brek? sy x pasti bunyi apa.

      1.Cuba tengok pada DISC Brake, Cuba perhatikan, dihujung atas dan bawah DISC ada lekukan , Gosok disc tersebut supaya sama dengan kawasan yg disentuh dengan brake pad.

      2. Gosok sedikit dengan kertas pasir kepada brake pad supaya ada kekasaran dan buang pasir atau batu atau apa-apa benda yg dah melekat pada brake pad.

      Delete
    2. Sy anggap bunyi besi bergesel

      Delete
  71. Salam tuan,
    Mintak tolong sikit.... saya baru skim break disk (pertama kali) depan belakang empat2 tayar, lepas tu tukar bread pad baru depan belakang... selepas tu
    Masalahnya break tidak berapa mencengkam terpaksa tekan kedalam untuk berhentikan kereta... apa masalahnya lagi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tekan kedalam? Masa tekan tu ada terasa keras? Atau semacam span.

      Kalo keras, tuan kena cek SERVO

      Kalo lembut , tuan kena pastikan x ada angin didalam sistem brek

      Delete
  72. Salam Tuan...saya ada viva baru 3 tahun guna...saya ada masalah brek...contoh bila berhenti kmudian jalan dengan menekan pedal secara mendadak kemudian bunyi mcm bunyi melekat macam caliper lmbt release...saya dah tukar pin n tukar brake pad baru..2 kali...tapi masalah sama masuh berlaku lagi...saya kurang pasti apakah masalh tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. As Salam tuab Nazreen Muhamad

      Bunyi lambat release tu camana? Dia ada macam sangkut-2 atau bunyi geser-2 dulu @ atau bunyi guk-2

      Delete
  73. Salam tuan sy pakai myvi, baru2 brake x berapa cengkam, sy da bace semua komen tuan, kalau sy nk minx servis tuan tukarkan master pump sy boleh? Boleh sy dpt no tuan utk sy bincang harga dan loksi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Edy Dadu.

      Kenapa nak tukar master pump tuan? Ada masalah x makan atau ada leaking?

      Kalo ada leaking barulah tukar master pam.

      Kalo x mencengkap, Try buat Bleeding, sambil-2 tu boleh lah tengok-2 apa sebab x mengcengkam.

      Boleh tuan. Boleh sy dapatkan email tuan?

      Delete
  74. salam sejahtera tuan

    brek saya waktu pagi bila ditekan . gripnya amat bagus. lepas pemanduan dalam 10min, bila brek ditekan, tida beberapa bagus. brake pad baru tukar.

    dan bila start kereta, dalam beberapa minit kalau brek ditekan, akan ada bunyi krik krik krik. lepas tu akan hilang.

    boleh tak tuan advise apa lain yang saya patut check

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera Tuan Subramaniam Muniandy.

      Cuba tuan cek paip Vaccum. Kemungkinan ada longgar atau servo tuan dah ada masalah leaking.

      Kalo hantar boleh hantar video ke

      diybukitmahkota
      (at)gmailcom

      tq

      Delete
  75. Salam tuan.sy nk tanya masalh brek kereta sy dimana mula2 tekan brek,ianya lembut sampai ke depan tapi masih boleh cengkam lg.cuma bila lepaskan pedal dan tekan kali kedua baru dapat break secara normal dan mencengkam.sy sudah pergi 3 pusat servis proton,dah buat bleeding berkali kali,dah tukar master pump baru,tukar juga pad break dgn disc break depan cuma tak tukar disc break dan pad break belakang saja lagi,akan tetapi masalah tetap sama tiada perubahan. Kereta sy jenis persona SE tahun 2010,auto dan ada abs,disc break dpn belakang..boleh beri pendapat mcm mana nk setelkan..trima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. disini terdapat kemungkinan ada masalah dengan Check valve atau master pump

      Cara semak check valve dan master pump.

      Sila https://www.youtube.com/watch?v=ogXIHfrhXsQ

      Terima kasih

      Delete
    2. Ada kaitan tak dengan servo break kereta?

      Delete
    3. Ya.. Ada kaitan dengan SERVO

      Yang sy respond pada 13.07.2017 tu ada ralat..

      Sepatutnya
      Chehck valve dan Servo.. Bukannya MAster pump.

      Yg sy nampak ada kemungkinan tinggi ada masalah servo dimana tuan ada cakap bila tekan 2 kali baru ada respond

      Kena ceheck Valve vaccum menghala ke brek. Sepatutnya ianya sehala bukan dua hala.

      Valve tu ada dalam paip.

      Nak cek cara mudah .. ikuti link video yg sy lampirkan sptmana d atas

      Delete
  76. As salam & slmt ari raya tuan..mohon pencerahan..honda city idsi 04..brkenaan dgn brek..bila sy brek, stering trasa lari ke kanan..sy brhnti & cek disc brek.sblah kanan disc trasa pns & sblh kiri disc xpns..ape mslh dia ye..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Norhamizah Md Rose.

      Pada anggapan saya. Brek kereta sebelah kiri jem, dimana ianya tidak berfungsi . Brek sebelah kanan sahaja yang berfungsi. Dimana stereng terasa tertarik sebelah kanan.

      Tapi puan kena cek juga Low Lower arm. Kemungkinan ada kaitan juga.

      Delete
  77. Salam tuan..break pad da gnti.skli buang angin..bru2x ni dtg balik bunyi besi bergesel area tayar..minta pencerahan dlm masalah ini..pengguna iswara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan..

      Tuan kena gosok sedikit di area disc tue.. Sebab dah ada lekuk ditepi atas dan bawah. Gosok dengan grinder bagi buang bebendul.

      Insyallah hilang bunyinya.

      Pastikan gosok dengan kertas pasir pada brek pad sekali baki buang pasir atau benda yang melekat pada pad.

      Tuan boleh rasa dengan tangan kalo ada benda yang berbinjol. Cuba korek buang..

      Delete
  78. salam tuan,kenapa brek keta saya berbunyi semasa hendak memulakan perjalanan..tapi selepas lama berjalan,semasa membrek keta hilang pulak bunyi tu..kalau parking sekejap,lepas ty start balik perjalananan berbunyi juga brek tu..boleh tuan bagitah apa pulak masalah brek tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan.

      Pada permerhatian sy , ada beberapa perkara

      1. Kemungkinan disc tuan mengalami kekaratan
      2. Kemungkinan ada Brake pad tuan ada pasir atau benda yang melekat
      3. Kemungkinan skrew bengkok atau longgar

      Delete
  79. As-salam tuan,
    Masalah kereta saya nie apabila sudah jalan jauh, break saya pandai berbunyi mcm bunyi kereta ber drift..bunyi akan ada walaupun saya tidak menekan break...saya terpaksa tekan sedikit pedal break untuk menghilangkan bunyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam tuan

      Lepas tekan ada bunyi balik?

      atau

      kena tekan berterusan baru hilang bunyi?

      Delete
    2. Lepas tekan ada bunyi..kena tekan berterusan sedikit pedal utk hilangkan bunyi..sudah tanya di bengkel, mekanik ckp ini biasanya masalah break berpasir

      Delete
  80. As-salam tuan,

    Masalah saya apabila saya telah jalan jauh, break kereta saya berbunyi seperti kereta ber drift..bunyi akan ada apabila selepas saya menekan break dan bunyi akan ada walaupun saya melepaskan break...saya terpaksa menekan sedikit pedal break untuk menghilangkan bunyi...rotor dan break pad saya baru tukar...bunyi tu mcm sebelah hadapan.. kereta saya viva elite 2012

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunyi tu seakan bunyi besi berlaga dan berdengung kaa.

      Biasanya Viva / myvi ni ada masalah dengan skrew Caliper.

      Tuan perlu tukar screw terebut dengan screw khas atau pakai skrew asal dan d modified sedikit.

      Masalahnya dimana.. Screw tersebut tidak beberapa ngam dia seakan longgar.

      Delete
    2. Yg kes saya tanya nie bunyi berdengung..

      Kes bunyi besi berlaga ada jg saya hadapi, cuma tidak berapa kuat bunyinya..

      Saya akan cuba check skrew caliper..

      Delete
  81. Salam tn..masalah hand brake dah x teguh.kereta masih boleh gerak undur or ke depan.

    ReplyDelete