Sunday 5 May 2013

Tukar Valve dan Tukar Reciver ( Dryer ).. Masuk Minyak + Masuk GAS + Cuci Aircond ( Cuci evaporator ) + Tukar Thermister

 Lokasi kerja
 Buka glove box dengan cara kepak kiri dan kanan
 Buka 2 biji skew
 Tarik bekas.. Entah nama apae tempat tue
 Gambar lepas di buka.  x ada skew langsung

 buka 2 biji skew
 tarik kebawah
 buka nut sebelah kiri 
 
 buka 2 biji skew
 buka nut 10 depan  (lokasi dekat enjin ) Sumbat lubang dengan kertas.  Pastikan mudah keluar.  Sumbat dengan kertas tue.. supaya mengelakkan habuk masuk dalam Evaporator tue.
 Buka pelan -pelan.Maka inilah alat yang dikeluarkan
 Ambik Gambar untuk rujukan
 Selepas keluarkan coil.  Sy tukarkan kertas kepada plastik cz untuk cuci dengan kimia dan air.   Kotoran ni selama 1 Tahun lebih.
 Gambar dalam bekas coil evaporator
  Gambar dalam bekas coil evaporator
 gambar sebelum ditukar valve.  (selepas cuci )
 Gambar selepas tukar valve
 Dryer sebelum ditukar
Dryer selepas ditukar,

Pasang semua peralatan dan kabel-2

1. Vaccumkan paip selama 30 minit.
2.Tutup.  Tengok ada kebocoran atau tidak dimana ada penurunan tekanan Vaccum selama 30minit
3.  Jika tak ada , teruskan 1 jam
4. Masukkan minyak
5. MAsukkan gas.
6. Isi sampai hilang buih-2

Selesai

JANGKA MASA KERJA
 5 Jam

KOS
1. Dryer RM35.00 ( aluminium )
2. Valve RM 22.00
3. Gas ( Anggaran RM20.00 )
4. Minyak ( Anggaran RM5.00 )
5.Gasket (RM9.00)
~ 2biji dekat coil
~ 2 Biji Dekat Dryer
~ 2 Biji Valve
6. Valve ( High Pressure ) + Penutup ( 2 Biji ) RM6.00
7.Upah. 
( Air sirap + Nasi Berlauk ~ Isteri tersayang yang buat )

19 comments:

  1. salam..
    vacuum tu buat dikedai ke?
    kedai tuan di mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.
      Vaccum tu sy ada sendiri d rumah.
      Asalnya hanya dari motor pump peti sejuk yg telah diubahsuai.

      Akan tetapi bila dah ada modal, sy cari yg elok dan standard.

      sy x ada kedai , hanya DIY sendiri sahaja.

      kalo tuan nak DIY boleh PM sy secara personal kalo ada berdekatan dengan Bandar Bukit Mahkota Bangi,

      Delete
  2. Salam bos, boleh bantu sy, knp bila on aircond dlm kereta ada bau mcm gas. Tpy aircond kira baru servis siap tukar cooling coil baru.mungkin ke cooling coil bcor. harap dpt bantu. Tq

    ReplyDelete
  3. Salam tuan khairul, span kat tepi2 evap tu ada jual tak? Sya punya bnyak sh tercabut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jual. tengok saiz. Kalo yg kecik saiz lebih kurang 1 inci sebatang RM3.00

      Kalo gulung ( kotak ) nipis RM35.00

      Kalo lain-2 saiz pun ada Baharin Azmi.

      Delete
    2. Malm tadi baru je say tukar.. hu-2 siap jam 3.00 pagi

      Mula buka jam 9.00

      ~ Cuci Kondensor
      ~ Cuci Semua Paip
      ~ Tukar minyak Kompressor

      Sebab Coil dalam bocor

      Habis 150.00
      -Evaporator
      -Valve
      -Minyak botol ( 100 ML )
      -span ( 2 saiz )

      Delete
    3. Peh lama tu. Cari kat kedai mana tuan khairul? Kedai hardware atau kedai acc aircond? Saya Newbai bab airkond ni, hehe. Tp evap ni payah sgguh nak masukkan smula kat tempat asal, kedudukan jd xsama pulak ngan blower. ada tips x tuan?

      Delete
    4. Sy cari d sentul KL. Kedai sparepart betul-2 murah bg saya lah. Evap wira SD ( Rm95.00 ) Kalo ada lagi murah bg tau yer..

      Buat kerja memalam sensorang. dengan gelapnya, dengan panasnya. Nak jimat. kereta sendiri boleh laa

      kalo ikut dah malas.. Dah berpeluh 2 minggu.. keraskan hati buat juga memalam buta.

      yg lecehnya nak flushing. Botol flushing asal dah rosak. Dah kena modified.

      Pakai SOLVENt MAXICOOL ( RM45.00 ) Setin mahal ooo

      Tapi sy flush dengan petrol dulu, baru bilas dengan solvent. Kalo boleh. elakkan pakai PETROL yaa.

      Sy pakai petrol sebab ada nampak hitam x tanggal..


      pastikan cuci betul-2 dan x ada minyak. Kalo x jahanam. X dapat 10-12 deg cel

      Owgh.. Cara nak masukkan..

      1. Pastikan semua bracket bawah besi support glove box dikeluarkan

      2. sy pastikan lubang tu yg outlet tu x ada halangan dengan span di dinding. Kalo macam kereta saya, sy dah potong sedikit sebab dia dah terlondeh.

      3. sy nak cover balik lubang tu, saya taruk balik span bari di kotak hitam , yg bulat tu.. so bila tutup comfirm lubang tertutup habis.. tak lah berbau asap dah haba luar masuk

      4. Masa nak masukkan sy masukkan dari bawah dulu. pastikan nut bawah ngam-2 dan yg atas tu terus tolak.

      5. Sy buat kerja ni , saya alihkan pelapik lantai. walaupun nampak x berapa tebal.. ia membantu.

      6. Lagi satu. Masa nak pasang coil Evap , pastikan dia tak senget dan centre betul-2. Benda ni main peranan semasa kita nak pasang Valve.

      p/s - Saya pun x pandai sangat tuan.. Hanya boleh berkongsi mana yg tahu jaa

      Kereta wira , Iswara , kancil , insya allah sy boleh kongsi. Kalo kereta lain, cth Myvi , sy x rajin nak godek. sebab leceh nak buka dash board dan pasang balik wireing.. macam-2 hal nak kena bukak.

      Mana-2 kereta kena bukak dashboard
      pastikan filter kena tukar dalam 20K KM , Filter baru RM12.00. Kalo dah berhabuk tersumbat.. Mak aii kosnya berlipat kali ganda.

      Delete
    5. [IMG]http://i68.tinypic.com/b620jn.jpg[/IMG]

      Delete
    6. Peh power.. Terima kasih banyak tuan khairul, kira master dah ni bab aircond wira. Saya dapat semangat check evap melalui blog ni lah, hanya Allah yang membalas jasa tuan yang berkongsi ilmu.

      Delete
    7. Tak power tuan, sy hanya membantu mana yg tahu. Sebab sy godek-2 sendiri kereta sendiri dan kereta kekawan-2.

      Ilmu yg saya dapat ni sekadar pinjaman. Sy bertuah tuan ingin berkongsi dengan saya juga.

      Apa-apa hal.. leh contact no hal. Insya allah

      Delete
    8. Ada masalah dengan EVAPORATOR ker?

      Sy ada sebiji , masih elok. Kot-2 sapa-sapa memerlukan.. Boleh laa bg tau.. Sy x jual. Pakai jaa..

      Barang x pakai sebab sy tukar satu sistem. Alang-2 ada modai.. sy beli semua satu sistem. Puas hati pakai

      Delete
    9. salam tn, kereta saya wira 1.5 masalah ekon kejap2 cut. saya suspek valve.. kalau nak diy buka dan tukar valve sukar tak? kena buang gas ekon dulu ke?

      Delete

    10. Ada banyak Kemungkinan dan sy andaikan kondensor terlampau panas, bila panas, Pressure naik.

      Kipas dekat kondensor jalan?

      Ada Manifold Gas Meter?
      Cuba cek ni dulu

      Nak buka valve , bagi saya kiranya , boleh dibuat. Nak kata susah tue saya x pandai nak cakap camana tahapnya, kena gaya mudah,

      Akan tetapi kena buang Gas.

      Delete
  4. kipas jalan tn,, gas pon xkurang.. tp kadang2 kalau sejuk sgt air menitik kat cooling coil dan bunyi tiktiktik.. bila bagi kurangkan suhu sejuk kat thermostat bunyi berkurang.. suspek memang valve la kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kemungkinan juga. Ini boleh dipastikan dengan menggunakan manifold gauge.

      Kemungkinan thermistor/ thermostat ada juga kemungkinan

      kena cek dulu sebelum bukak sistem. sebab nak bukak valve kos mahal

      Delete
  5. salam tuan..nk tye kalau tukar cmpressor baru..brpe byk myk cmprssor kne letak

    ReplyDelete
  6. Tuan, saya cuba masykkan gas pada paip low tp bacaan ada pada meter low tp meter high tiada bacaan. On lete pun magnetic clutch x berfungsi, pressure switch dh tukar baru... boleh tahu apa sbnr punca ini trjadi?

    ReplyDelete