JARAK PERJALANAN DAN SEN PERSEKILOMETER
Amat menjimatkan... Bayangkan RM 0.04 perkm..
Sekali isian hanya mengjangkau 230 km ( Pemanduan biasa bawah 90 km / jam )
Anggaran isian jika tekanan 3200 psi RM8.50 dan pernah mencapai RM 8.80
SISTEM YANG DIPASANG KEPADA KENDERAAN
Sistem Sequential
Tangki 65 Litre
SETTING NGV
1.Rpm bawah 900 dan rpm atas 3800 akan ditukar secara automatik kepada mod petrol
2. Setiap pemanduan 100km gas akan ditukar mod petrol sebanyak 10km ( manual tukar ) bagi perjalanan long distance.
3. Semasa hidupkan enjin dalam mod petrol. Setelah enjin panas , dan rpm naik kepada 1000 terus tukar kepada gas. ( Secara automatik )
PENYELENGGARAAN KENDERAAN NGV
Senggaraan setiap 15000 km kena adjust tepet ( rocker arm )
30 000 km kena tukar gas filter
( Anggaran harga filter RM9+ ori )
( Anggaran harga filter RM4+ OEM )
PILIHAN
1. Plug Pakai sejuk ( Dicadangkan BP6ES NGK ) sebab apa rujuk disini
( Plug asal wira siri BP5ES )
2. Pakai minyak semi-synthetic.
**Kata bengkel leh tahan sehingga 7000 KM , tapi aku tukar dalam jarak 5500 KM. Aku kira ambil basi sebab enjin kereta aku banyak dalam keadaan idle.. jem KL
Jenama yang aku pakai sekarang semenjak beli kereta .. CASTROL MAGNATEC 10w-40
**Castrol MAGNATEC 10W-40 is a part synthetic engine oil formulated to suit a wide range of petrol engines, direct and indirect injection diesel engines, LPG and CNG cars, light commercial vehicles and 4WDs
Rujuk: CASTROL
3. Tukar spring belakang
- Aku tukar jenis spring Pro-ride RM 70.00 SEBATANG
- Kod MAL 173 N
4. Tukar absorber jenis gas
-Aku tukar jenis APM PERFOR MAX ( GAS TYPE ) RM 130.00 SEBATANG
-Alang-alang dah buka absorber aku tukar sekali
- Dust cover RM10.00
- Bump stoper RM 15.00 ( Benda yg oren tu ) ~ Carian google
KELEBIHAN
1.Harga sekilo meter RM 0.04 berbanding RM 0.16 petrol
2. Dapat potongan 25 % cukai jalan
KEKURANGAN
1. Pickup naik bukit loss.. Amat terasa.. Nak memotong pun x berapa cantik.. Anggaran pemanduan saya bawah 100km/j di highway. Kalo nak henjut lebih dari tu boleh, tapi nak elakkan enjin rosak . Mengikut bacaan, ramai yg cadangkan memandu dibawah 110KM/j. Kalo rasa nak laju lagi silalah tukar mod petrol..
Kalo pemanduan dalam bandar x berapa terasa sangat.
2. Hanya stesen minyak petronas tertentu sahaja yang ada NGV
3. Kena korbankan ruang penyimpanan barang.Tempat simpanan kurang hampir 3/8 % disebabkan untuk tong gas
4. Harga pemasangan agak mahal ++RM 2800( Mixer ) ++ RM4500 ( sequential )
5. Hanya kereta tertentu yang sesuai. Sila cari dalam google..
6. Risiko kena beratur panjang untuk isi gas. Purata sebiji kereta dalam 3-5 minit. Cadangan saya.. perhatikan tabiat org isi gas disatu satu stesen.. Biasanya teksi ada waktu waktunya..elakkan waktu puncak.
Biasanya saya akan isi gas jam 1.00 tghari waktu makan tengahari.
Hanya masing-masing punya cara. Saya elakkan waktu puncak nak bersaing dengan teksi. Biasanya teksi jarang isi minyak pada waktu puncak org nak pergi kerja / makan tengahri dan balik kerja.
7. Gas tekanan rendah. Tak dapat isi dengan penuh. Pernah saya isi hanya dapat RM 6 ++ disebabkan tekanan gas x cantik.
PANDANGAN PERIBADI
1. tak semua kereta sesuai untuk sumbat sistem NGV..
BERBALOI?
PETROL
Sehari penggunaan kenderaan dengan Jarak 120 KM sehari x RM 0.16 perkm = RM 19.20
Hari bekerja 20 hari ~ RM 19.20 x 20hari = RM384.00
* Tidak termasuk hujung minggu kekadang lebih. Biasanya sy target RM700.00 Sebulan
GAS
Sehari penggunaan kenderaan dengan Jarak 120 KM sehari x RM 0.04 perkm = RM 4.80
Hari bekerja 20 hari ~ RM 4.80 x 20hari = RM96.00
TAMBAHAN PENYELENGGARAAN ( Selain dari penyelenggaran biasa )
Servis tepet RM30.00 setiap 15 000 KM = 0.002 per km
Tukar penapis RM90 setiap 30 000 KM = 0.003 per km
setiap bulan jarak perjalanan anggaran 120 km (sehari ) x 20 hari = 2400 km ( sebulan )
2400km sebulan x 0.005 = RM12.00
ANGGARAN BERSIH PERBEZAAN ANTARA PETROL DAN GAS
RM 384 - RM 96.00 - RM 12.00 = RM276
Kos permulaan pemasangan anggaran RM 4500.00 / RM 276 = 16.30 bulan anggaran 1 tahun 4 bulan baru balik modal..
Rekod kewangan saya untuk petrol dan gas.. sekarang saya dapat buatkan peruntukan sebanyak RM 400.00 lebih dari mencukupi.
Anggaran simpanan bulanan yg boleh dismpan sebanyak RM300.00 sebulan.
Anda fikirkan berbaloi atau tidak...
UPDATE : 9/10/2014
SPRING BUSH DICADANGKAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
1. Brek berbunyi nyaring kekadang masa sejuk / selalu berbunyi / kekadang bunyi ~ Brek pad habis , ~ Brek pad jenis tiruan , lebih t...
-
Jika kita nak letakkan no " 01 " , excel akan tukar kembali kepada 1. Bagaimana nak buat? Caranya. PERTAMA letakan tanda ...
Berapa kos pemasangan ye?
ReplyDeleteKos keseluruhan Mencecah RM 4500.00 termasuk Baiki itu ini.
ReplyDeleteJenis Sequential
bleh tnya..kt mana buat pemasangan ngv ni..
ReplyDeleteSemesta NGV
ReplyDeleteCuba cari kat FB Semesta NGV atau Mohd Zulhairi Zainol
2°57'34.5"N 101°47'31.2"E
2.959575, 101.791999
Address: No 15G, Jalan Hentian 6,Pusat Hentian Kajang,
Jalan Reko,43000, Kajang, Selangor.
Tel: 03-87410643 , H/P :012-372 8210
atau 012 2493 378 Hairi
ReplyDeleteapa beza mixer dengan sequential?
ReplyDeleteSecara ringkas
ReplyDelete1. Mixer - penukaran mode minyak ke gas secara manual
Seq - Penukaran secara automatik
2.Mixer - Murah
Seq- Mahal
Tadi ada sebut, tak semua kereta sesuai... maksudnya kereta jenis macam mana yang sesuai untuk penggunaan NGV?
ReplyDeletekereta yg sesuai
ReplyDelete1. dah abis tempoh jaminan
2. Jenis material enjin. Yang ni sy x boleh kondem mana-mana model.. Sensitif.. Kalo nak leih lanjut.. bg email .. dan sy x publish kat dalam web ni..
fauzi_amudi@yahoo.com
ReplyDeletenak tahu enjin sesuai
wira 1.5 VDO dan seangkatannya.. engin 4G15 adalah yg terbaik setakat diketahui.
ReplyDeleteyang penting gear manual. Pickup tak terasa sangat kurangnya
sy pon nk tahu model mana yg sesuai dan yang mana xsesuai.. peteracing88@gmail.com
ReplyDeleteonedpg@gmail.com......boss kereta apa yang terbaik utk pasang ngv
ReplyDeleteSetakat yg saya ketahui.. Iswara , wira adalah yg terbaik. Kalo diikutkan semuanya kereta boleh , cuma ada yg sy dengar enjin x tahan Cthnya Saga BLM. ( Kabar angin sahaja ) x ada Fakta saintifik ..
ReplyDeleteSalam Tuan, sy pakai saga 1990 engine mitsubishi 4G13P, nak tanya tuan ok x utk convert NGV? Pastu klu mixer system, tukar manual tu maksudnya mcm mn? Ada switch ke atau kena adjust kt engine?
ReplyDeleteNi email sy sbb sy nak tau gak kete lain sesuai ke x, nk recommend semua fmly tuka NGV
azrul_azizi@hotmail.com
Azrul , sy dah hantar email , terima kasih
ReplyDeleteSalam tn, sye nk tnye model kete yg ssuai dan tk ssuai pasang ngv dan ade prtnyaan lain..email sye, ezhamekmal@yahoo.com.my
ReplyDeleteSy telah emailkan ezhamekmal@yahoo.com.my
Deleteassalam tn model keta ape yg sesuai pkai ngv?
ReplyDeletehalimumar87@gmail.com
Sy telah emailkan terima kasih
DeleteSalam,NazaCitra boleh/sesuai tak guna NGV, ni emel saya mohamadyusof121@yahoo.com
ReplyDeleteNaza citra,
DeleteMemang sesuai.
Assalamukalaikum... Sy dh pakai ngv 3 thn lbh. Mcm mn nk pastikn keadaan kereta sy sentiasa keadaan baik. Kn kerap service@ ada tempoh2 tertentu utk service. Sy pakai kereta iswara auto.
ReplyDelete1. Service tepet. Mcm saya buat setiap 40,000 km
Delete2. Sentiasa tengok plug, dicadangkan sentiasa tengok gapnya
3. Tengokkan filter dalam 40,000 km ( seq sahaja )
4. service tangki gas ( anggaran 100 000 km )
fuhh..xpernah tukar filter dari mula pki..apa effect if xtukar..sbb bwk ok ja
Deleteowner baru wira wmt 5578
Filter tu nak jaga injertor supaya jangka hayat lebih panjang.
DeleteFilter ni hanya untuk Sequential sahaja
Assalamukalaikum. Sy dh pakai
ReplyDeleteNgv 3 thn lbh. Kereta iswara auto. Mmg save. Mcm mn utk pastikan ngv dlm keadaan baik.
Biasanya NGV dalam keadaan baik
ReplyDelete1. Tiada back fire
2. Isian gas penuh dapat sepertibiasa.
3. Pickup ada
4. Tiada mati-2
5. Tiada bau gas
a)Kalo pakai seq. sistem. Cuba cek filter
b) Cek semua sistem penyambungan
Assalamualaikum.. sy ade 1 set ngv untuk djual. x pakai sebab nak jual kereta tu. jika ada sahabat yg berminat, boleh call sy..sebelum hari jumaat 9/10/2015.. lepas tarikh tu kalau xde buyer sy nak buka kat kedai n letgo. bole call sy untuk detail. shahrul-0182366873
ReplyDeleteAsslam..sy ade ngv 1set kat wira 1.3..nak tolak..
ReplyDeleteketahui lebih lanjut call 0177653964..
cod johor
Salam..tuan toyota altis E 1.6 sesuai tak pemasangan ngv?
ReplyDeleteSetakat yg di ketahui, enjin Toyota ni memang lasak
DeleteAs salam cik khairul DIY . Nak tau juga pbezaan dr segi penggunaan mixer & sequential. Dari segi kualiti bagaimana. Emel saya rulkhairul@gmail.com
ReplyDeleteSecara ringkas
DeleteMixer
1. Pertukaran antara petrol dan gas dilakukan secara manual
2. Kos lebih murah berbanding Seq
3. Power pikup agak kurang.
4. Sesuai kereta injection dan kaburator
5. Ikut masa bila nak pakai gas atau petrol
kalo nak jimat. Lepas start enjin terus tukar gas selagi tak tukar petrol, dia akan
terus dalam mode petrol.
6. Setting spark plug kena jaga gap
7. Setting tuning agak leceh dan kadang-2 ada masa dia lari
tak jadi masalah sebenarnya , tengok kepakaran kedai yg membuatnya.
kita boleh belajar buat , x perlu pakai komputer. kalo boleh elakkan buat sendiri
kang x pasal-2 lagi teruk. tapi boleh belajar
Seq
1. Pertukaran gas secara automatik
2. Kos lebih mahal berbanding mixer
3. Power pikup lebih baik
4. sesuai kereta injection
5. Penggunaan petrol lebih sedikit
Biasanya jika setting
bawah rpm bawah 1000 dan lebih 3000 dia akan gunakan pertol
terpulang camana nak setting
6. Setting spark plug standard memadai
7. 7. Setting tuning mudah dan menggunakan komputer , cuma kita x berbaloi nak buat sendiri . kalo pakai komputer ni , setting agak tepat berbanding manual
sebenarnya banyak lagi pro and con
masing-2 ada kekuatan tersendiri.
kalo diberi pilihan , sy akan pakai seq
mudah sedikit pengjagaannya.
p/s- Sy dah balas melalui email
kalau engine 4g13p sesuai tak kalau nk psg ngv? ni emel sy iqbalmuhamad2367@gmail.com
ReplyDeleteAmat sesuai sekali. Maklumbalas telah dibalas secara email.
DeleteTerima kasih
Assalamualaikum.. nak tanya..saya bercadang nak beli kereta secondhand NGV.. apa yang perlu saya buat.. mmg zero knowledge dalam maintenance kereta NGV.. email saya rahimi_87@yahoo.co.uk
ReplyDeletecadanynya kereta apa tu Rahimi Hassan
DeleteAssalam tuan.. Boleh beritahu sy tentang kereta apa yg sesuai.. Selama mana enjin akan tahan jika pakai ngv ni.. Bengkel yg paling arif dan berpatutan untuk install dan servis ngv ni.. Minta jasa baik tuan untuk email sy.. Terima kasih..
ReplyDeleterayharry1390@gmail.com
Pada pandangan peribadi,
ReplyDeleteenjin kereta wira , iswara dan seangkatannya tahan untuk penggunaan NGV.
Selama mana enjin tahan?
tengok camna kita servis dan cara pemanduan.
Cara minyak pelincir yang tahan lasak dan harganya berpatutan
so far sy pakai minyak enjin jenama Mastec PRO tak memberi masalah, cuma masalahnya nak dapatkan minyak ni hanya tempat2 tertentu sahaj yg menjualnya.
Kalo x jumpa tuan boleh pakai apa-apa jenama pun boleh asalkan minyak dijaga dan dituakr dicadangkan setiap 7K km
Cari bengkel yg diiktiraf oleh JPJ
Nak cakap bengkel mana yg harganya berpatutan agak sukar
Sebab ada kedai yg menawarkan harga yg x murah sebab menggunakan peralatan tiruan. Kalo kita ni org biasa agak sukar nak mengenali mana yg asli dan x asli.
Sy cadangkan tuan memasang NGV ni kedai yg berhampiran dengan tempat tinggal tuan, senang nak rujuk kalo ada apa-apa masalah
Tuan/Puan,
ReplyDeletetumpang iklan kt sini. saya ada Kereta Gen2 siap pasang NGV nak jual dgn harga RM8K.TAHUN 2004. Sekiranya berminat, hubungi saya (0104058183) TQ
salam.. sy nak tau kete apa yg boleh pakai ngv.. tq
ReplyDeleteemail: chukman_2004@yahoo.com
sy nak tahu jenis kereta yg boleh pasang ngv
ReplyDeletechukman_2004@yahoo.com
Bagi saya lah yaa Kereta yang tahan lasak dan mudah cari part. Proton WIra / Iswara dan seangkatannya
DeleteAssalam...saya bercadang nak pasang ngv pada mpv honda odyssey RA6...sesuai atau tidak?..tq
ReplyDeleteEmail saya senarai kereta yg sesuai utk ngv...zuraidiahmad@yahoo.com
ReplyDeleteAs Salam, Tuan, kalau model keta diesel sesuai tak pkai NGV? Saya plan nak pakai Ssangyong Actyon dan convert pakai NGV. Apa lagi yang perlu ditukar selepas pakai NGV?
ReplyDeleteeszeees72@gmail.com
Pada pandangan peribadi sy melalui pembacaan dan perbincangan, enjin berkuasa diesel x sesuai di pasang ngv.sy pernah tgk percubaan memang ngv, resultnya , kadar penjimatan agak tidak menguntungkan.
ReplyDeletePada pandangan peribadi sy melalui pembacaan dan perbincangan, enjin berkuasa diesel x sesuai di pasang ngv.sy pernah tgk percubaan memang ngv, resultnya , kadar penjimatan agak tidak menguntungkan.
ReplyDeletenissan nv200,van perdagangan.sesuai tak pemasangan ngv?pernah nampak di jalanraya,ada menggunakannya.van jalan hari2..lebih 50km
ReplyDeletelzd300
Perjalanan 50km sehari kira penggunaannya agak sedikit juga. Kalo lebih 100++ kira better.. Lagia cepat nampak pulangannya.
DeleteLagi satu.. Kalo nak pasang NGV , pastikan kawasan senang nak aksess ke stesen NGV. Kalo jauh kiranya macam x berbaloi
Setakat yg diketahui. Nissan tidak ada masalah untuk pasang NGV
Salam..kepada rakan2..ada sesiapa nak pasang ngv..sbb sy nak jual ngv sy..ngv sy pakai masih dlm keadaan baik..cuma sy nak cuba gunakan petrol pula..memandangkan kereta sy kereta lama..mungkin sesuai gunakan petrol sahaja..jika ada yg berminat bole pm sy di nmbor 0127081425..jika pasang baru kos nya tinggi..sy jual 2nd hand..tuan hanya bayar upah pasang shj..sy x pasti brp kos nya..t.kasih
Deleteberapa harga pasang ngv terkini untuk kereta saga?
Deletetuan boleh rujuk
DeleteAddress: No 15G, Jalan Hentian 6,Pusat Hentian Kajang,
Jalan Reko,43000, Kajang, Selangor.
Tel: 03-87418223 , H/P :012-372 8210
Email:semesta.ngv@gmail.com.my
atau
mana-2 kedai berhampiran dengan tempat tinggal tuan.
Harga terkini sy x pasti
Salam Tuan, Ada tak kereta almera yang menggunakan NGV?
ReplyDeletenori6668@yahoo.com
Ada
DeleteSalam Tuan, kalu kereta waja tahun 2010 ke atas sesuai atau tidak utk penggunaan ngv....hajat nak beli kereta second then letak ngv...mohon pandangan..terima kasih
ReplyDeleteEnjin Waja Campro CPS - 2010
DeletePada pendapat sy sahaja. Cuba elakkan
Tuan Khairul, saya berminat untuk pasang sistem sequential pada wira 1.5 vdo. Apakah masalah yang mungkin timbul selepas saya pasang ngv?
ReplyDeleteSemenjak sy pasang selama 4 tahun tidak ada masalah yg timbul. Maintennce macam biasa CUMA.. sekarang ni ada masalah untuk mengisi gas NGV disebabkan banyak stesen NGV tutup. Tak pasti sampai bila perkara ini akan berlarutan
Deletepd padangan sy
kalo nak pasang NGV ni.. enjin kena tip top.
1. Kabel plug kena jaga
2. Plug kena jaga
3. Adjust tepet
4. pakai minyak pekat sedikit kalo kereta sy lah
15-50
5. Kena tukar getah di nozle.. itu pun selepas beberapa tahun lah.
6. tangki sy kecik 65 L kalo x silap..
kalo mampu boleh ambik besar.
7. Spring dan absorber kena tukar yg jenis baik sedikit dan lapik sebanyak 2 inci
8. Air radiator kena taruk additive comey sikit.. cari brand MERC. mMahal sedikit dari TOYOTA merah. tapi puas hati.. Sebab toyota ni kalo kedai sparepart ada yg tak ori yaa jaga-jaga.
So far x ada lagi lah alhamdulillah
cuma kena jaga minyak hitam dan selalu tengokkipas ok atau tak.
sy setting NGV
bawah 1000rpm akan guna petrol.
lebih 3500 rpm akan guna petrol
Cari yang ori.. sebab dalam pasaran ada yg tak ori.
DeleteOri ni senang nak cari parts dan banyak kedai boleh buat.
Assalamualaikum, van v200 Nissan sesuai ke guna ngv ni
ReplyDeleteSaya ada satu set NGV persona saya dah tak pakai, kalau nerminat whatshaap saya 0135785524.tq
DeleteSaya ada satu set NGV persona saya dah tak pakai, kalau nerminat whatshaap saya 0135785524.tq
Delete