Tuesday 30 August 2016

TIPS JIKA PERJALAN ADA BANJIR

Seeloknya elakkan jalan tersebut.  Jangan anggap kuasa air tu remeh.  Di boleh tunjuk belang bila-2 masa je.  Kalo kenderaan lepas , x semestinya kereta anda boleh lepas.  Kalo terpaksa tinggalkan kereta d aras yang lebih tinggi.

Pentingkan nyawa anda terlebih dahulu dari kereta anda.  Kereta boleh d cari, nyawa tiada ganti

Kalo itu je jalan keluar , bawak slow-2 ,  tutup aircond , masuk gear satu Manual ( L untuk AUTO ) tetapkan kelajuan minyak , teruskan tekan minyak bagi mengelakkan air masuk ikut ekzos

kalo tetiba enjin mati , jangan start balik.  Kemungkinan air dah masuk ikut ekzos dan kotak angin. ( HYDROLOCK)

Panggil je tow truck. Hantar pomen @ Bengkel yang kita tahu.

Tahukah anda , kalo kereta 1st party TOW TRUCK adalah percuma dalam jarak tertentu.  Pastikan semasa nak ambik insurance, tanya jarak , beli je cover jarak tue.. tak mahal mana.. kalo terkena..kang boleh panggil jauh mana pun boleh settle. Boleh hantar ke bengkel yg kita yakin.

Jangan hantar kerete d kedai sembarangan

Kalo dah melepasi laluan air tu, jangan pecut terus.. Pastikan anda cuba test brek, ada kemungkinan brek anda tidak berfungsi.  Cuba brek pelan-2.

Kalo dah merasa brek dah mencengkam.. Boleh laa teruskan perjalanan anda dengan kelajuan yang telah ditetpkan oleh undang-2

No comments:

Post a Comment