Friday 1 March 2013

Tukar Plug Kereta

 Plug baru
Pakai NGK jer. Standard kot.  Main order jer
RM15.00
Buka Plug.
Sebelum buka, aku ambik "blower" (Vaccum 3 in 1 ).  Pakai sebelah angin keluar.  Nak buang habuk-habuk celah-2 tue.  Banyak juga pasir.  Nak elakkan benda asing dari masuk dalam kebuk pembakaran.
Cara ketatkan ada dibelakang kotak plug..
1/4 ketat selepas ketatkan dengan tangan.

Biasanya aku amalkan tukar plug selepas 3 kali tukar minyak kereta.
Anggaran 15 ribu KM setiap kali.

Pastikan buka satu , pasang satu.. Nak elakkan kabel tertukar.  

Sambil tu tengok kat hujung kabel yang bercantum dengan plug. Pastikan tak ada retak.  Kalau dah ada simptom retak dan sebagainya.  Jawabnya kena tukar dengan kabel baru.

Dulu masa belajar dengan kawan-kawan mendajal.
 CARA SALAH
Cara yang diajarnya adalah pegang KABEL semasa enjin hidup.
Pergh.. Terkejut sakan aku. Mengigit sengatannya. dah pulak tue badan aku dekat dengan body kereta.  Lagilah terasa SENGATAN yang tak boleh dibayangkan.
Kebas lah tangan tue..

CARA BETUL
Ambil Spray sabun pencuci kaca atau seangkatannya.
Spray disekeliling kabel (Buih).  Kalu ada nampak api keluar dari kabel tue.  Kira insulation dia dah tak bagus.
dan
satu lagi. nak tahu kabel mana rosak. Aku buat cam ni.
Tarik kabel satu-satu.  Pastikan badan anda tidak menyentuh bodi kereta.  Kalu tak.. Menyengat. (Kalo nak rasa... Apa salahnya ) Kalu nak selamat lagi, Pakai sarung tangan getah.  Confirm tak rasa.
Dengar dan ambil perhatian turun naik nada enjin kereta.  Kalu ada perubahan , kira kabel tu berfungsi.

kalo cam sama je.  Kira kabel tue ada masalah..

Sekarang pakai jenis SILIKON paling murah.( Harga dah Tak ingat )  Tengah mencari yang ori.  Kabel COPPER.

Kalo ada yang jual dengan harga menarik.  nak order satu..

Aku tukar kabel tue lepas kereta terasa terkedu-kedu masa hujan.  Kekadang terjadi masa nak tekan minyak macam sangkut-sangkut.

Tukar plug pun sama.. Sah.. Kabel.. Cek kabel.. Confirm dah "kong"  siap ada leaking api.. masa  sembur dengan buih sabun

11 comments:

  1. Sayanak tanya.saya baru repair engine buat kt rumh.kira repair sendiri.n last nak wayering semua ok.bila sye test api plug kosong.sye dh mcm gaya pusing.sampai bli ezskubter baru.pon tak nak ade api.knp ye admin

    ReplyDelete
  2. keta saga first 2 wayar berfungsi 2 lagi tak .. pastu jalan mcm kura2 apa masalah nya .. adakah cuma wayar plug tu je..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalo kompom.. tukar kabel dan cek sekali plug.

      kalo masalah lagi kemungkinan ada masalah dengan sistem api

      Delete
  3. wayar plug x berfungsi boleh jdi keta jaln mcm kura2 ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kemungkinan juga..

      Cuba cek yang lain-2

      1. Kabel Plug
      2. Plug
      3. Distrubotor

      Kalo semua ok. Kena cek sistem bahan api

      1. pam bermasalah ( x kuat )
      2. Filter petrol tersumbat

      Kalo semua ok kena cek timing kot2 ada masalah

      Delete
  4. Mintak info susunan sambungan cable plug ke coil
    Ad ckp plug 1234 ke coil 1234
    Ad plak plug 1234 ke coil 1324

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://i66.tinypic.com/xbckms.jpg

      Delete
    2. atau rujuk di sini

      http://www.autozone.com/repairguides/Mitsubishi-Car-1999-05/Firing-Orders/Firing-Orders/_/P-0996b43f8037e7b6

      Delete
  5. Untuk 1.3 vdo injection bagaimana? Paling dengan timing belt no 1, and dekat dengan coil plug no 4. No 1 sambung ke coil plug 1. 2 ke 2. And seterusnya. Betul tak susunan saya ni?

    ReplyDelete
  6. http://www.autozone.com/repairguides/Mitsubishi-Car-1999-05/Firing-Orders/Firing-Orders/_/P-0996b43f8037e7b6

    ReplyDelete