Friday, 1 March 2013

Tukar Plug Kereta

 Plug baru
Pakai NGK jer. Standard kot.  Main order jer
RM15.00
Buka Plug.
Sebelum buka, aku ambik "blower" (Vaccum 3 in 1 ).  Pakai sebelah angin keluar.  Nak buang habuk-habuk celah-2 tue.  Banyak juga pasir.  Nak elakkan benda asing dari masuk dalam kebuk pembakaran.
Cara ketatkan ada dibelakang kotak plug..
1/4 ketat selepas ketatkan dengan tangan.

Biasanya aku amalkan tukar plug selepas 3 kali tukar minyak kereta.
Anggaran 15 ribu KM setiap kali.

Pastikan buka satu , pasang satu.. Nak elakkan kabel tertukar.  

Sambil tu tengok kat hujung kabel yang bercantum dengan plug. Pastikan tak ada retak.  Kalau dah ada simptom retak dan sebagainya.  Jawabnya kena tukar dengan kabel baru.

Dulu masa belajar dengan kawan-kawan mendajal.
 CARA SALAH
Cara yang diajarnya adalah pegang KABEL semasa enjin hidup.
Pergh.. Terkejut sakan aku. Mengigit sengatannya. dah pulak tue badan aku dekat dengan body kereta.  Lagilah terasa SENGATAN yang tak boleh dibayangkan.
Kebas lah tangan tue..

CARA BETUL
Ambil Spray sabun pencuci kaca atau seangkatannya.
Spray disekeliling kabel (Buih).  Kalu ada nampak api keluar dari kabel tue.  Kira insulation dia dah tak bagus.
dan
satu lagi. nak tahu kabel mana rosak. Aku buat cam ni.
Tarik kabel satu-satu.  Pastikan badan anda tidak menyentuh bodi kereta.  Kalu tak.. Menyengat. (Kalo nak rasa... Apa salahnya ) Kalu nak selamat lagi, Pakai sarung tangan getah.  Confirm tak rasa.
Dengar dan ambil perhatian turun naik nada enjin kereta.  Kalu ada perubahan , kira kabel tu berfungsi.

kalo cam sama je.  Kira kabel tue ada masalah..

Sekarang pakai jenis SILIKON paling murah.( Harga dah Tak ingat )  Tengah mencari yang ori.  Kabel COPPER.

Kalo ada yang jual dengan harga menarik.  nak order satu..

Aku tukar kabel tue lepas kereta terasa terkedu-kedu masa hujan.  Kekadang terjadi masa nak tekan minyak macam sangkut-sangkut.

Tukar plug pun sama.. Sah.. Kabel.. Cek kabel.. Confirm dah "kong"  siap ada leaking api.. masa  sembur dengan buih sabun

No comments:

Post a Comment

Mounting panel solar